
Malam ini
ku terdengar hembusan angin
seolah-olah ia membisikkan kalimah cintanya.
Katanya, kitalah puisi malam
yang layak menggantikan sang pungguk kesepian
kerana bulan sedang tersembunyi di sebalik awan.
Lalu malam menyuruh aku bersiulan
menggantikan suara sang pungguk yang telah tiada
agar aku bersiul dalam zikir menatap langit.
Dan katanya lagi
kita-kitalah sang pungguk itu di waktu malam
menggantikan suara sang pungguk yang kesepian.
Bukan kerana Tuhan sunyi di sana
atau alam ingin mendengar irama siulanku
kerana kita ini adalah hamba yang bertaqwa, katanya.
Lalu aku bersiulan memuja asmaul usnah
sehinggalah tertidur dalam jaga
aku melihat diriku tersenyum indah di kamar syurga.
Kerana
siulan
semalam.
Oleh:
abdul samsah نر فردوس فريس فيطري
20.06.2020
Kulai johor.
TAMAT.