
Penulis Malim Ghozali PK (atau Mohamed Ghozali Abdul Rashid) telah meninggal dunia Khamis 18.06.2020 jam 11:20 pagi di Hospital Serdang, Selangor. Beliau berumur 71 tahun (lahir pada Mach 4, 1949). Malim Ghazali meninggal dunia selepas menjalani pembedahan membuang tumor di hospital yang berkenaan.
Malim ialah pengarang sastera Melayu prolifik yang menghasilkan karya dalam pelbagai genre, termasuk novel, cerpen, dan puisi. Beliau ialah penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award), 2013. Beliau juga telah dinobatkan oleh kerajaan negeri Perak sebagai Sasterawan Perak pada 13.12.2014.
Sasterawan Perak itu meninggalkan dua balu dan enam anak.
Semoga Allah menerima roh allahyarham dalam kalangan insan yang amat dikasihi-Nya.
********** DARI MUHAMMAD ROIS RINALDI, CILEGON **********

Selamat jalan Malim Ghozali PK, sastrawan kenamaan Malaysia, penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award) 2013. Karya-karyamu terus kami baca. Kepribadinmu kami teladani.
Bertuah sekali saya pernah duduk satu meja dengan Pak Malim sebagai pembicara. Bahagia pernah memiliki kesempatan ngopi bersama, ngobrol berjam-jam tentang sastra dunia.
Alfatihah. Alfatihah. Alfatihah.
********** DARI AHKARIM (Status Facebook) ********************

SELAMAT PULANG sahabatku, Sdr Malim Ghozali Pk , semoga Allah memberi ganjaran syurga kepadamu.Insya Allah. (Gambar 2008 di DBP; panggilan telefon darimu pada 7/4/20 dan mesejmu pada 24/4/20 sebagai penamat bicara antara kita).
********* ISBEDY STIAWAN **********

TAKZIAH PADA MALIM GHOZALI PK. Alfatiha.
… tonton habis; like n subscribe. pabila berfaedah bantu share…
********** CT Nurza **********
Jujurnya saya boleh tulis cerpen kerana berguru dengan Pak Malim dalam bengkel inkubator penulisan kreatif DBP-DPMP 2015. Sebelum tu tulis cerpen hancur lebur. Ikut tip Pak Malim bagi, terus belajar tulis tup2 tersiar dalam majalah… macam mimpi boleh tulis cerpen…😊
TAMAT.