Dilahirkan di Parit 9, Sekinchan, Selangor pada 10 Julai 1970 dan dibesarkan di tanah rancangan Felda Mayam, Bera, Pahang. Ayahanda beliau ialah Allahyarham Baharun bin Senawi dan bonda pula ialah Jumaliah binti Ahmad. Beliau mendapat pendidikan rendah di SK Felda Mayam ( 1977 – 1982). Pendidikan peringkat menengah pula disempurnakan di SMK Felda Purun, Bera, Pahang (1983-1987). Seterusnya, Zulkifli Baharun meneruskan pengajian di Tingkatan 6 di SMK Abu Bakar, Temerloh (1988-1989).

Kerjaya sebagai pendidik melatari kehidupannya sehingga kini. Zulkifli Baharun memperoleh latihan perguruan di Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit (1991-1993). Perkhidmatan sebagai guru bermula di SK Felda Mayam, Bera dan seterusnya menumpahkan khidmat baktinya di SMK Felda Purun, Bera. Zulkifli Baharun melengkapkan pengajian di peringkat ijazah pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM ). Kini beliau masih berkhidmat di SMK Felda Purun, Bera, Pahang.

Zulkifli Baharun mula berkecimpung dalam dunia kesusasteraan tanah air pada tahun 1993. Karya pertamanya dalam bentuk sajak yang berjudul “Coretan Untuk Remajaku” tersiar di majalah Al-Islam pada Oktober, 1993. Puisi-puisinya turut dimuatkan dalam Mingguan Malaysia, Berita Harian, Berita Minggu, Pelita Bahasa, Mastika, Ummi, dan Utusan Melayu Mingguan.

Di samping itu, Zulkifli Baharun turut menyumbangkan karya khususnya puisi dalam beberapa antologi puisi bersama iaitu Ulung: Puisi Mengenang Negarawan (Lembaga Muzium Negeri Pahang, 2003), Hijrah Musafir (Dewan Persuratan Melayu Pahang, 2008), dan Kampung Pagi (Majlis Teater Negeri Pahang, 2013 ).

Kini Zulkifli Baharun turut bersama-sama memeriahkan dunia kesusasteraan alam siber menerusi portal E- Sastera Vaganza ASEAN.

ZULKIFILI DAN FAMILI:

KARYA DI PORTAL E-SASTERA VAGANZA ASEAN

KUMPULAN KARYA: Puisi .

PUISI:
. Banjir Yang Menduga (Syair) . Keelokan Akal (Pantun) . Mari Membaca Al-Quran (Pantun) . Pada Sehelai Kain Putih . Peranti Di Alaf Baharu (Pantun) . Sebening Penghargaan . Teori Dan Bukti . Tentang Membaca .

TAMAT.