PERHATIAN. Kompilasi video pembacaan pantun-pantun ini oleh penulisnya sedang diusahakan oleh sdr Roslie Sidik.
PESERTA:
- Irwan Abu Bakar. 2. Seri Banang. 3. Suzana Jumadil. 4. Noorhamy. 5. Suzana Jumadil. 6. CT Nurza. 7. Jolatif. 8. Adyra Az-zahra. 9. Citranalis. 10. Umi Niaz. 11. Roslie Sidik. 12. Suzana Jumadil. 13. Sonjan A. Khan. 14. Umi Niaz. 15. Umi Niaz. 16. Noorhamy. 17. Sonjan A. Khan. 18. Noorhamy. 19. Umi Niaz. 20. Suzana Jumadil. 21. Balada_biru. 22. Abdullah Tahir. 23. Citranalis. 24. Abdullah Tahir. 25. Moh. Ghufron Cholid. 26. Ibnu Din Assingkiri. 27. Putraery Ussin. 28. Moh. Ghufron Cholid. 29. Noorhamy. 30. MRT Nordin. 31. Noorhamy. 32.Gabriel Kimjuan. 33. Mokhtar Rahman. 34. Ahkarim.
TAYANGAN DI YOUTUBE:
Volum 1: Klik SINI.
https://www.youtube.com/watch?v=ph2hnX_zFpU
1.
Dari mana terbangnya walet,
Dari Kuantan ke Johor Bahru;
Dari mana datangnya covid,
Dari Wuhan ke paru-paru.
Irwan Abu Bakar,
Kuala Lumpur, Malaysia.
2.
Dari Kuantan ke Johor Bahru,
Singgah makan si buah nona;
Dari Wuhan ke paru-paru,
Dijangkit wabak virus corona.
Seri Banang
Johor Bahru, Johor, Malaysia.
3.
Singgah makan si buah nona,
Sambil minum sebotol jamu;
Dijangkit wabak virus corona,
Akibatnya ajal datang bertamu.
Suzana Jumadil.
Sarawak, Malaysia.
4.
Sambil minum sebotol jamu,
jamu dijual di pasar raya;
Akibatnya ajal datang bertamu,
hidup tak kekal hilanglah daya.
Noorhamy.
Brunei Drs.
5.
Jamu dijual di pasar raya,
Balik ke rumah melintas titi;
Hidup tak kekal hilanglah daya,
Kerana virus nadi terhenti.
Suzana Jumadil.
Limbang, Sarawak, Malaysia.
6.
Balik ke rumah melintas titi,
Terasa penat pulang menjala;
Kerana virus nadi terhenti,
Hilanglah nyawa tinggal segala.
CT Nurza.
Jerantut, Pahang, Malaysia.
7.
Terasa penat pulang menjala,
Jala disimpan di dalam perigi;
Hilanglah nyawa tinggal segala,
Kita relakan mereka yanga pergi.
Jolatif.
Brunei Darussalam.
8.
Jala disimpan di dalam perigi,
perigi lama ditepi paya;
Kita relakan mereka yang pergi,
duduk di rumah moga berjaya.
Adyra Az-zahra.
Kuala Lumpur, Malaysia.
9.
Perigi lama di tepi paya,
tempat dicuci pelbagai pakaian,
duduk di rumah moga berjaya,
virus corona bersama hapuskan.
Citranalis.
Kuala Lumpur. Malaysia.
10.
Tempat dicuci pelbagai pakaian,
Teduh di bawah pepohon mangga;
Virus corona bersama hapuskan,
Penjarakan sosial harus dijaga
Umi Niaz.
Shah Alam, Selangor, Malaysia.
11.
Teduh di bawah pepohon mangga,
Kulihat Mak Kiah seorang diri;
Penjarakan sosial perlu dijaga,
Depan, belakang, kanan, dan kiri.
Roslie Sidik.
Singapura.
12.
Kulihat Mak Kiah seorang diri,
Duduk bercangkung cabut semalu;
Depan belakang, kanan dan kiri,
Gunalah topeng muka selalu.
Suzana Jumadil.
Sarawak, Malaysia.
13.
Duduk bercangkung cabut semalu,
Buat bertanam bunga setaman;
Gunalah topeng muka selalu,
Agar keselamatan menjadi aman.
Sonjan A Khan.
Brunei Darussalam.
14.
Buat bertanam bunga setaman
Bunganya indah mekar sentiasa
Agar keselamatan menjadi aman
Perintah berkurung diangkat segera.
Umi Niaz.
Shah Alam, Selangor, Malaysia.
15.
Bunganya indah mekar sentiasa
Dipetik digubah dalam pasu
Perintah berkurung diangkat segera
Namun bersalam jangan melulu
Umi niaz.
Shah Alam, Selangor, Malaysia.
16.
Dipetik digubah dalam pasu,
berbagai corak bunga yang ada;
Namun bersalam jangan melulu,
cukup diletak tangan di dada.
Noorhamy.
Brunei Drs.
17.
Berbagai corak bunga yang ada
Buat hiasan di dalam rumah
Cukup diletak tangan di dada
Sebagai tanda salam yang ramah.
Sonjan A. Khan.
Brunei Darussalam.
18.
Buat hiasan di dalam rumah,
meja jati berlapis sulaman;
Sebagai tanda salam yang ramah,
ikhlas di hati dalam senyuman.
Noorhamy.
Brunei Drs.
19.
Meja jati berlapis sulaman,
Tempah khas dari istanbul;
Ikhlas di hati dalam senyuman,
Bimbang di tangan virus terkumpul.
Umi Niaz.
Shah Alam, Selangor, Malaysia.
20.
Tempah khas dari Istanbul,
Labuci indah bercorak lokan;
Bimbang di tangan virus terkumpul,
Basuh segera sabun gunakan.
Suzana Jumadil.
Sarawak, Malaysia.
21.
Labuci indah bercorak lokan,
Butir permata penambah seri;
Basuh segera sabun gunakan,
Virus durjana dapat hindari.
Balada_biru.
N. Sembilan, Malaysia.
22.
Butir permata penambah seri,
Nampak cantik dipakai mak Limah;
Virus durjana dapat hindari,
Tetaplah setia di dalam rumah.
Abdullah Tahir.
Brunei.
23.
Nampak cantik dipakai Mak Limah,
batu berlian terserlah rona,
tetaplah setia di dalam rumah,
cegah dahulu sebelum kena.
Citranalis.
Kuala Lumpur, Malaysia.
24.
Batu berlian terserlah rona
Siapa memandang rasa terpaut,
Cegah dahulu sebelum kena,
Itulah ingatan patut diikut.
Abdullah Tahir.
Brunei.
25.
Siapa memandang rasa terpaut,
Laksana siput berjalan lambat;
Itulah ingatan patut diikut,
Takuti Allah cerminan taat.
Moh. Ghufron Cholid
Junglorong, Madura, Jawa Timur, Indonesia.
26.
Laksana siput berjalan lambat,
Ralitnya mata kagumi mega;
Takuti Allah cerminan taat,
Tahanlah kita segala duga.
Ibnu Din Assingkiri.
Pulau Pinang, Malaysia.
27.
Ralitnya mata kagumi mega,
Mendung di sana mengusik mata;
Tahanlah kita segala duga,
Ancaman karona pelbagai cerita.
Putraery Ussin.
Ulu Tawar, Kedah, Malaysia.
28.
Mendung di sana mengusik mata,
Bersiap sedia awan berlalu;
Ancaman corona pelbagai cerita,
Eratkan iman bahagia selalu.
Moh. Ghufron Cholid,
Junglorong, Madura, Jawa Timur, Indonesia.
29.
Bersiap sedia awan berlalu,
Langit terserlah mentari cerah;
Eratkan iman bahagia selalu,
Belum kalah sebelum menyerah.
Kablam 22.
Kuala Lumpur , Malaysia.
30.
Langit terserlah mentari cerah,
awan berarak bertukar mendung;
Belum kalah sebelum menyerah,
Corona merebak mesti dibendung.
Noorhamy.
Brunei Drs.
31.
Awan berarak bertukar mendung,
Hujan lebat turun membasah;
Corona merebak mesti dibendung,
Sebelum dihambat resah gelisah.
MRT Nordin.
Kuala Lumpur, Malaysia.
32.
Hujan lebat turun membasah,
di kawasan rendah dilanda banjir;
Sebelum dihambat resah gelisah,
mengharap penyudah corona berakhir.
Noorhamy.
Brunei Drs.
33.
Di kawasan rendah dilanda banjir,
Selamatkan diri naik perahu;
Baris hadapan jauhi anasir,
Bertindak mencari dan ambil tahu.
Gabriel Kimjuan.
Labuan, Malaysia.
34.
Selamatkan diri naik perahu,
Jangan karam tengah samudera;
Bertindak mencari dan ambil tahu,
Dr. Noor Hisham pejuang korona.
Mokhtar Rahman.
Alor Setar, Kedah, Malaysia.
35.
Jangan karam tengah samudera,
Singgah di tanjung ambil bekalan;
Dr. Noor Hisham pejuang korona,
Tokoh disanjung jadi bualan.
Ahkarim.
Kedah, Malaysia.
TAMAT.