
Sudah banyak minggu berlalu
kita tidak bertemu
Jumaat yang rindu
kian menusuk kalbu
pisang-pisang di masjid
tabung-tabung derma
tok siak membentang sejadah
jemaah yang jernih muka
minyak atar, habatus sauda
imam-imam pembaca khutbah
semua kugulung dalam ikatan rinduku
Oh Tuhan yang punya perbendaharaan
pinjamkan kami Jumaat-Mu semula
akan kami pelihara
Seperti Jumaat-Jumaat yang dulu.
Oleh:
Amir Hamzah
Pasir Putih Ipoh Perak.
TAMAT.