PERGINYA SEBAGAI BINTANG YANG TERANG

(Buat penulis E-SASTERA, As Syramy)

Di awal pagi yang suci dia pergi sebagai bintang yang terang di langit E-SASTERA
di situ dia terus bersinar menerangi langit sejak lahirnya karya
kerana sentiasa dia mengetahui
yang dinilai akhirnya bukan karya di atas kertas atau di alam maya
yang dinilai Allah ialah niat suci di dalam hati.

Dia wujud di dunia sastera untuk menerangi langit E-SASTERA
dia datang untuk menumpang terang dan untuk menerangi
kini dia pergi terus tetapi cahayanya kekal menyinari
abadi di langit dan di jiwa-jiwa bintang yang setia.

“Kami semua juga tentu sekali akan bersamamu nanti, Ustaz Ramy
namun setelah engkau pergi
cahaya sinarmu masih terang di langit dan tidak padam di hati.”

Oleh:

-IRWAN ABU BAKAR
Presiden E-SASTERA MALAYSIA.
Kuala Lumpur, Jumaat 3.04.2020.

TAMAT.