Suasana di tanah perkuburan itu sepi, tidak seperti kebiasaan yang selalunya dikunjungi ramai ahli kerabat jenazah. Namun atas faktor keselamatan, jenazah yang satu itu dikebumikan secepat yang mungkin. Tiada lagi ahli keluarga yang boleh mengiringi. Tiada lagi bacaan talkin, melainkan doa ringkas sahaja dibacakan ke atas jenazah yang siap ditanam.
Dari kejauhan, Ali hanya mampu memerhati dengan nada sayu. Tangannya ditadah, memohon doa dan keampunan buat arwah sahabatnya, Bakhtiar dan majoritinya adalah ahli kampung setempatnya, yang kini kembali menghadap Rabbul Izzati.
Perlahan-lahan dia menapak kembali ke rumahnya. Jalanan di situ kini sepi tanpa kedengaran kanak-kanak bermain. Tiada lagi lori kelindan keluar masuk di perkampungan tersebut.
Ya, kini Kampung Pinang Tunggal bagaikan kampung berhantu. Kampung yang dulunya permai, kini tinggal nostalgia, dek kedegilan netizennya yang mengingkari arahan tunggal dua bulan lalu.
Lima bulan lalu
Dalam sebuah perutusan khas oleh YAB Perdana Menteri, dan setelah kerajaan mengisytihar Perintah Kawalan Pergerakan atau singkatannya PKP, turut dinyatakan juga perintah tersebut bertujuan mengawal penyebaran wabak novel Corona virus, atau singkatannya Covid 19.
Melalui program PKP bertujuan agar penularan wabak tersebut dihalang melalui pemutusan rangkaian jangkitan tersebut.
Selesai menonton perutusan itu, Wak Selamat memasuki bilik anaknya Ali, dilihatnya Ali masih tidur.
Wak Selamat hanya mampu menggeleng kepalanya, lalu mengejutkan anaknya.
“Ali, bangun. Kenapa tidur petang-petang begini. Solat Zohor pun belum. Aduhai.”
Ali segera bangun dan melihat keadaan sekeliling dan melihat jam tangannya.
“Alamak, matilah aku.” Desis hatinya.
Lalu dicapainya telefon dan terus hubungi rakannya, Bakhtiar.
“Helo, kau dekat mana ni. Kata nak pergi kedai bundle yang dekat bandar tu. Jadi ke tidak?”
Kedengaran suara Bakhtiar bagaikan memecah speaker telefonnya.
“Okey, aku bersiap-siap kejap. Jangan lupa ajak geng kita yang lain.”
Seketikanya mereka tiba di bandar, terdapat ramai peniaga-peniaga kecil yang masih beroperasi, menandakan betapa kurangnya kesedaran dan kerjasama masyarakat dalam menangani wabak tersebut.
Ramai juga yang memakai topeng perlindungan, namun ramai juga yang tidak memakainya. Rata-rata masyarakat tidak mempedulikan situasi yang perlu dilakukan di saat ada di tengah keramaian.
“Jomlah, temankan aku cari baju bundle sekejap. Dengarnya ada baju yang baru sampai ini lawa-lawa kebanyakannya.”
Setelah beberapa langkah mereka meninggalkan kawasan letak motor berkenaan, barulah Ali rakannya, Bakhtiar hanya masih tercegat di situ, seakan tidak mahu turut serta. Kelihatan Bakhtiar hanya batuk-batuk kecil tetapi berterusan, dan tangannya membuat isyarat agar mereka teruskan saja tanpanya.
Ali bergegas menghampiri rakannya itu.
“Kau okey ke. Nampak teruk sangat ni.”
“Aku okey saja, batuk je ni. Kau pergilah dahulu, kejap lagi aku menyusul.”
“Okeylah, apa-apa nanti bagitahu cepat-cepat ya.”
Bakhtiar hanya merenung dari jauh saja, sambil berusaha menarik nafas sebisa yang mampunya. Manakala tangannya masih menekan dadanya.
Ketika Ali leka menelek baju yang tergantung di kedai itu dan mahu beralih ke ampaian berikutnya, dirinya tanpa sengaja melanggar sesuatu di belakangnya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sebungkus barang berplastik yang tergantung di situ. Ali cuba mengingat kembali, seakan pernah melihat bungkusan itu. Apabila ditelitinya, nyata terdapat seseorang yang bagaikan mayat di dalam plastik itu.
“Astaghfirullah”
Ali jatuh terjelepuk dan ketika itu juga rakan-rakannya membangunkannya. Manakala pemilik kedai menjual barangan terpakai tersebut segera menghampirinya.
“Kamu okey, kenapa seakan terkejut apabila lihat anak patung itu ?”
“Anak patung ?”
Ali melihat kembali ke arah yang dilihatnya tadi. Memang benar ianya anak patung beruang coklat yang dibaluti plastik. Seketika dia termenung panjang.
“Apa yang aku lihat tadi ?”
“Kenapa wajahnya macam Bakhtiar…”
Tanpa membuang masa lagi, Ali cepat-cepat beredar daripada situ. Pemilik kedai dan rakan-rakannya melihatnya kehairanan.
Sekembalinya mereka di tempat letak motorsikal, alangkah gemparnya mereka apabila melihat Bakhtiar tiada di situ. Setelah mereka bertanya sana sini, barulah ada beberapa peniaga yang melihat kejadian itu memberitahu bahawa Bakhtiar sudahpun dibawa ke hospital setengah jam yang lalu kerana sesak pernafasan.
Salah seorang rakannya mengajak untuk melawat dan melihat keadaan Bakhiar.
“Jom Ali, kita tengok keadaan kawan kita tu,” ajak Halim.
“Jom.”
Namun setibanya dia hospital, mereka turut diminta untuk menjalani ujian saringan. Beberapa jam kemudian, seorang doktor mendekati Ali.
“Rakan awak, Bakhtiar sebentar tadi sudahpun kembali ke rahmatullah.”
“Masya-Allah, benarkah doktor ? ”
“Iya, Wabak yang menimpanya itu sebenarnya sudah lama dia menghidap. Namun tiada seorang pun yang tahu. Kami telah pun menghubungi keluarga pesakit. Awak perlu beri kerjasama kepada kami untuk kuarantin di sini. Peratusan untuk awak menghidap wabak ini, amat tinggi.“
“Mustahil, saya tak percaya doktor…” Ali meraung seakan tidak percaya dengan hakikat dan seketika itu juga, dirinya rebah tidak sedarkan diri.
Paradoks bermula
“Ali, bangun. Kenapa tidur petang-petang begini. Solat Zohor pun belum. Aduhai…”
Perlahan-lahan, Ali membuka matanya. Dilihatnya ayahnya ada disisinya. Lantas Ali bangun dan memandang sekeliling kehairanan.
“Bukankah tadi saya berada di hospital, ayah ?”
Kini giliran ayahnya pula yang kehairanan.
“Hospital mana pula kau ni. Mimpi agaknya. Sudahlah, pergi solat Zohor dulu. Rakan kau Bakhtiar, dah mengajak kau keluar sekejap lagi tu.”
Terus Ali bangun dan segera menghubungi rakannya itu, dan mengajaknya pergi ke hospital. Sempat juga Ali mencapai dua face mask sebelum dia menjemput Bakhtiar.
“Dah kenapa kau nak ajak aku pergi hospital ni, Ali ? Kata nak pergi bandar…”
“Jangan banyak cakap, kau ikut saja aku.”
Setibanya di sana, Ali segera membawa Bakhtiar terus ke kaunter pertanyaan. Dimintanya Bakhtiar agar dilakukan ujian saringan. Setelah doktor serta jururawatnya memakai pakaian khas untuk menguji kesihatan Bakhtiar, barulah mereka menjalani ujian tersebut. Sementara itu, Ali turut diminta bekerjasama menjalani ujian tersebut, lantaran dia paling dekat dengan Bakhtiar dan kerap berjumpa dengannya.
Tiga hari kemudiannya, Ali dimaklumkan doktornya bahawa dirinya tiada jangkitan wabak Coronavirus tersebut. Manakala Bakhtiar pula disahkan mengidap penyakit ngeri tersebut. Namun disebabkan mereka maklumkan awal, Bakhtiar dimasukkan ke wad biasa, memandangkan, pada ketika itu, dia belum tahap kritikal.
Sebelum Ali kembali ke rumahnya, doktor yang mengetuai operasi ujian saringan tersebut menemuinya.
“Syukur, tindakan kamu tadi memang berani, sekurang-kurangnya kamu dah selamatkan nyawa jiran dan orang kampungmu yang tidak dijangkiti. Kalaulah di tempat lain, pastinya ketika ini jadi kampung berhantu.”
Petang itu, Ali segera menuju ke rumahnya. Tiada lagi kedengaran suara keriangan kanak-kanak bermain di tepi jalanan. Juga tiada kenderaan keluar masuk, namun setidak-tidaknya, kali ini kerana arahan PKP oleh kerajaan.
Kini, Kampung Pinang terselamat daripada menjadi kampung berhantu buat selamanya-lama.
Oleh:

Kim HM. [Profil: Klik SINI]
April 2020.
TAMAT.