FARHAN, FARHANN!!!
Inilah laungan ketiga Azizul yang menggema seisi rumah, menggegarkan hati burung-burung yang berkicauan di luar rumahnya. Sekali gus menyebabkan burung-burung tersebut terbang beredar dengan seribu satu ketakutan. Betapa geramnya Azizul apabila melihat jam menunjukkan pukul 12 tengah hari namun rakan serumahnya masih belum bangun lagi. Sebenarnya, pada pagi itu, mereka berpakat mahu ke perpustakaan namun sehingga kini Farhan masih membutakan dirinya.
Dengan kemarahan yang masih belum reda, Azizul segera menaiki tangga atas menuju ke bilik rakannya itu. Di tangannya tersedia segayung air untuk menyiram Farhan.
Ketika dia berada di depan bilik rakannya itu, Azizul terdengar bunyi sesuatu yang rakus dan garang. Dia memasang telinga di pintu dan mendengar dengan penuh teliti bunyi erangan kucing peliharannya itu.
“Budak ni dah kenapa meracau pagi-pagi ni. Mengigau agaknya, tapi kucing tu semacam bunyinya,” bisik hati Azizul. Lalu dia memulas tombol pintu tersebut. Alangkah terkejutnya apabila melihat keadaan dan wajah Farhan yang mengerikan. Dengan keadaan matanya yang merah menyala dan menyeringai buas, Farhan sedang menggigit dan menghisap darah dari leher kucing peliharaannya dengan ganas. Tidak cukup dengan itu, Farhan terus merobek perut kucingnya lalu memakan isi perut tersebut. Mulutnya penuh dengan darah yang memercik dari kucingnya yang kini menjadi bangkai.
YA ALLAH, FARHAN!!!
Begitu kuat jeritan Azizul hingga menyebabkan Farhan yang sedang “menikmati” santapannya segera mendongak dan memandang Azizul yang menggeletar lututnya. Kini Farhan mula menerpa ke arahnya dengan espresi menyerang. Merah biji matanya bagaikan saga, menakutkan sesiapa sahaja yang memandangnya.
HAAAAHHHHH!!!
Dalam keadaan tergesa-gesa, Azizul segera melarikan diri tanpa sempat menutup pintu. Namun ketika mahu menuruni anak tangga, kakinya tersadung dan menyebabkan dia jatuh tergolek sehingga ke anak tangga paling bawah. Farhan yang masih mengejar, segera menerkam dengan ganas lalu menggigit leher sahabatnya sendiri tanpa kasihan lagi.
HANNN, JAANG… NGAN KAWAN!!!
Suara Azizul tersekat-sekat nafasnya pada saat menyebut nama sahabatnya. Tangannya masih berusaha menolak kepala Farhan itu namun gigitan Farhan terlalu kuat. Darah terus menyembur deras dari mulut dan lehernya. Nafasnya berombak kencang… kini akhirnya semakin lemah. Dia pasrah dengan takdir kematian yang sedang dihadapinya. Manakala Farhan semakin menggila kebuasannya!
Sebelum senja melabuhkan tirai, sepasukan polis Johor Bahru segera berkejar ke Taman Mutiara Rini apabila mendapat laporan dari penduduk setempat yang curiga mendengar bunyi aneh di sebuah rumah itu sehingga dipercayai seseorang telah membunuh mangsanya. Setibanya di situ, Ilyas, selaku inspektor yang bertugas, segera mengarahkan anak buahnya mengepung lokasi tersebut. Itulah rumah sewa Azizul dan sahabatnya Farhan. Seterusnya, alat pembesar suara telah dikeluarkan dan Ilyas mengarahkan anggotanya bersiap sedia.
“Ini polis!!! Kawasan ini telah dikepung. Lebih baik kamu menyerah sebelum kami serbu. Sekali lagi saya bagi amaran, keluar sekarang dalam kiraan 3.”
Amaran yang cukup tegas tersebut, dikeluarkan oleh pembantu Ilyas iaitu Sub Inspektor Jaafar. Namun setelah 3 minit, masih tiada juga sebarang pergerakan oleh makhluk pemangsa tersebut. Manakala jiran-jiran sekeliling segera mengerumuni kawasan itu menyebabkan situasi kini semakin tegang, masing-masing ingin mengetahui apakah seterusnya yang akan terjadi.
TIGA!
DUA!
SATU!
BAMMM!
Pintu utama dibuka secara mendadak dan keluarlah Farhan yang seratus peratus berubah menjadi mahkluk ganas atau dikenali dengan zombi. Raut wajahnya tiada lagi menampakkan wajah aslinya. Sebaliknya, lidahnya menjelir dan mengalirlah darah merah dari mulutnya.
GHAAHHHH!
“Ya Allah, makhluk apakah ini…” getus hati Ilyas. Belum pernah dia melihat manusia berperangai ganas bagaikan zombi. Yang dia tahu, zombi hanyalah suatu makhluk khayalan yang dicipta oleh media Barat. Sungguh tidak disangkanya, ternyata wujud juga zombi di depan matanya.
GHHAAAAHHH!!!
Huru-hara mula terjadi apabila Farhan, dengan ganasnya, segera menerpa ke arah Jaafar yang paling berhampiran dengannya. Pembantu inspektor tersebut tidak sempat melepaskan tembakan lalu jatuh terbaring dan berlaku pergelutannya dengan zombi tersebut. Tanpa belas kasihan, Farhan segera menggigit lengan Jaafar dengan rakusnya sehinggakan terpelanting pistol tersebut ke tepi. Melihat situasi panik itu, orang awam segera berteriak melarikan diri kerana bimbang diserang zombi tersebut.
“Lekas semua, bantu dia!”
Spontan Ilyas memberi arahan dan beberapa anggota segara meleraikan pergelutan zombi dengan polis tersebut. Kuatnya gigitan Farhan itu akhirnya memaksa Ilyas memanggil anggota yang masih mengepung di belakang rumah supaya membantu meleraikan Jaafar. Akhirnya kekuatan 10 orang polis berjaya meleraikan kedua-duanya. Mereka mengangkat Jaafar ke tepi rumah tersebut untuk memberikan rawatan ringan. Manakala Ilyas pula berdepan dengan zombi itu. Pertarungan satu lawan satu bermula. Sebaik sahaja makhluk tersebut segera menerpa ke arah Ilyas…
BANGGG!!!
Dengan sekali gerakan, Ilyas membidik pistolnya tepat ke arah Farhan. Seketika makhluk ganas tersebut jatuh terjelepok namun kemudiannya dia bangkit berdiri menyeringai semakin garang bagaikan mempunyai kekuatan tambahan. Kali ini, Ilyas kalut melepaskan tembakan kedua namun tidak mengenainya dan hal ini memberikannya peluang melarikan diri dengan melompat sepenuh ketinggian luar biasa, melepasi Ilyas lalu zombi tersebut menyelamatkan diri. Sementara itu, Inspektor Ali pula melepaskan tembakan laser pengesan tepat pada zombi itu. Hal ini memudahkan mereka menjejaki pergerakannya nanti.
Tanpa membuang masa, Ilyas segera mengarahkan rakan sejawatnya, Inspektor Robert dan Inspektor Ali, membantunya menjejaki zombi tersebut. Mereka bertiga segera menaiki sebuah lori polis yang ada di situ.
Manakala beberapa polis yang memangku Jaafar, segera mendapatkan peti kecemasan lalu membalut luka besar di lengan Jaafar untuk menghalang pengaliran darah dari terus mengalir keluar.
Menerusi walkie talkie, Ilyas mengarahkan pegawainya Inspektor Hassan, segera menjalankan siasatan di dalam rumah itu untuk mencari bahan yang boleh membantu siasatan.
“Aku hairanlah, Robert. Aku rasa ada sesuatu yang budak tu ambil. Tak pernah aku jumpa manusia agresif sebegini. Kenapa dia menjadi zombi?” Ilyas memulakan perbualan sejurus mereka menaiki lori ketika menjejaki zombi itu. Dia memandu manakala Robert dan Ali melihat alat pengesan tersebut.
“Aku pun hairan jugalah, tak pernah peristiwa sebegini berlaku di negara ini. Kita tunggu saja nanti siasatan Hassan di rumah budak tu. Di mana zombi itu sekarang, Ali?”
“Zombi itu sekarang tak jauh dengan kita. Dia sekarang di…”
“Di mana, Ali?” Ilyas hairan lalu memandang rakan sejawatnya yang tiba-tiba mendiamkan diri.
Alangkah terkejutnya Ilyas apabila wajah Ali dalam keadaan menganga dan membeliakkan matanya. Badannya menggeletar dan kini mengeluarkan suara yang tersekat-sekat.
ARKK ARKKK!
Ilyas dan Robert kini panik dengan keadaan Ali. Dengan pantasnya, Ali berubah menjadi zombi dan kini dia menggigit lengan Ilyas. Sementara itu, Robert sempat membuka pintu lalu terjun dari lorinya dan menggulingkan diri ke tanah.
ARGHHH!!
Kini Ilyas gagal mengawal kenderaan berat itu lalu terbabas merempuh pintu pagar sebuah kilang lama dan lori tersebut terbalik ke tepi. Walaupun dalam keadaan sakit, Ilyas terus bergelut dengan zombi yang kuat menggigit tangannya.
BANGG!
Sekali tembakan sahaja oleh Robert dari depan cermin, tepat mengenai kepala zombi, lalu terperciklah darah mengenainya dan Ilyas. Tanpa membuang masa, Ilyas segera keluar dari lori tersebut melalui pintu yang satu lagi sambil menahan kesakitan yang dialaminya.
Namun tanpa disangkanya Robert, segera menembak bahu kanannya dan kaki kirinya.
ARGHH!!
“Robert, kenapa kau tembak aku?” terketar-ketar Ilyas bersuara sambil menahan kesakitan yang kini dirasainya. Darah semakin banyak mengalir dari bahu dan kakinya.
Robert hanya tersenyum sinis melihat bangsa yang berlainan dengannya kini menderita. Kini dia menapak ke arah Ilyas lalu melutut di hadapannya.
“Untuk pengetahuan kau, aku ejen dadah yang dah lama menceburi perniagaan dadah zombi ini. Selama ini, ia terjadi di negara aku di USA sana. Di Malaysa, tak ramai yang tahu kewujudan dadah Flakka. Lalu aku bawa ia ke sini dan aku menjualnya kepada beberapa orang yang kaya seperti Farhan. Aku dapat mengaut keuntungan empat kali ganda daripada gaji sekarang yang aku dapat.” Dengan bangganya Robert menceritakan segala agenda jahatnya itu.
“Di Amerika, setiap orang yang mengambil dadah Flakka ini akan merasai nikmat dan mereka akan ketagih dengan keinginan yang kuat. Mereka mengambil dos berlebihan dan ini menyebabkan mereka bertindak di luar kawalan. Akhirnya mereka bertindak seperti zombi.”
“Siapakah engkau sebenarnya dan bagaimana engkau boleh menyelinap ke dalam pasukan kami?”
“Untuk pengetahuan engkau, aku dahulu ialah bekas anggota polis di Amerika dan aku telah dipecat atas rekod kesalahan aku mengedar dadah Flakka dan macam-macam lagi. Di sana aku diburu dan aku mengambil keputusan untuk menukar nama dan aku berjaya memalsukan identiti aku, termasuklah kad pengenalan aku. Aku juga menjalani pembedahan plastik pada wajah dan akhirnya pembedahan itu berjaya melenyapkan wajah asal aku. Bahkan nama asal aku ialah Theodore Ezekiel sebelum ditukar kepada Robert William. Apabila aku ke sini, aku segera memohon kerja bahagian kepolisan dan aku serahkan saja butiran pekerjaan aku sebagai polis suatu ketika dahulu. Segala maklumatnya aku sudah palsukan dan aku diterima dengan mudah atas kepakaran dan kelicikan aku.”
“Dasar Yahudi penipu, kau memang bijak tapi kejam Robert, pastinya kau jual dadah juga pada Ali. Kerana itu dia turut berubah jadi zombi, bukan”? Ilyas menghambur marah walaupun dalam keadaan yang sudah tertewas. Ternyata Robert yang yang bersamanya kini bukanlah seorang polis sebenar; agak cukup bijak juga Robert mampu menyelinap sebagai perisik dan dalang di sebalik penyebaran dadah tersebut.
“Tak, Ali tiada kaitan pun dalam hal aku. Ketika dalam perjalanan tadi, aku sempat suntik dadah Flakka di lengan Ali supaya dia jadi penghalang kerja kau menjejak Farhan. Kau takkan dapat jejaki dia lagi selepas ini. Aku yang akan bunuh Farhan supaya aku dinaikkan pangkat nanti. Dan nyawa kau bakal berakhir di sini Ilyas. Kau dah tahu rahsia aku sekarang.”
Kini nyawa Ilyas dalam bahaya! Ilyas cuba menyelamatkan dirinya namun kecederaan yang dihadapinya menghalangnya untuk bertindak. Sebaik sahaja Robert mengangkat pistolnya menghala ke arah Ilyas:
AHH!!!
Tiba-tiba Farhan muncul dari belakang lalu menggigit leher Robert dengan rakusnya, persis gigitannya pada Azizul. Kini kedua-duanya terjatuh lalu Robert meronta-ronta sambil meraung-raung memohon pertolongan. Namun sia-sia sahaja kerana Ilyas membiarkannya. Malah Ilyas mencapai pistol di pinggangnya untuk menembak Farhan sekiranya zombi tersebut menyerangnya pula. Raungan Robert kini semakin perlahan, akhirnya menjadi mayat setelah urat lehernya putus digigit Farhan. Darah yang membuak-buak mengalir deras dari lehernya, turut dinikmati zombi tersebut. Farhan yang masih menikmati hasilnya, terdengar bunyi picu tersebut. Kini zombi tersebut menderam marah lalu bersedia untuk menyerang mangsa ketiganya. Ilyas yang masih memerhati gelagat Farhan, segera menghalakan senjata ke arahnya. Sebaik sahaja zombi tersebut melompat dan hampir menerkamnya:
BAM!
Ilyas melepaskan satu tembakan dan tepat mengenai kepalanya dan bersepailah segala isi kepala Farhan. Sejurus Ilyas menarik nafas lega. Seorang dalang sebenar sudah dihapuskan. Kesakitan yang dialaminya tadi bagai dilupakan begitu sahaja. Namun pandangan mata Ilyas semakin kabur, terlalu banyak pendarahan pada kaki dan lengannya. Ilyas pengsan dan diselmatkan oleh orang awam yang segera berlari ke arahnya ketika mendengar tembakannya.
ILYAS! ILYAS!
Ilyas membuka matanya dan mendapati dirinya berada di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dalam keadaan tangan dan kakinya berbalut. Di kiri dan kanannya tersenyum sang isteri dan ibu ayahnya serta beberapa pegawai polis yang menziarahinya. Setelah berhari-hari Ilyas dirawat, kini dia dibenarkan untuk menjalani kehidupan biasa. Sebaik sahaja Ilyas melapor diri di Balai Polis Johor Bahru, Inspektor Hassan segera menyerahkan laporan tentang kejadian semalam.
Dia turut menceritakan hasil siasatannya di rumah Farhan. Pegawai polis itu menemui lima bungkus dadah yang diambil Farhan, dadah yang disahkan oleh doktor sebagai dadah Flakka. Dadah tersebut masih baru di pasaran. Sesiapa yang mengambil dadah tersebut akan hilang kawalan diri lalu menjadi agresif dan, sehingga kini, peratusan untuk sembuh amatlah kecil.
Kejayaan Ilyas membunuh zombi dan dalang dadah Flakka tersebut menyebabkan dirinya dan pihak PDRM mendapat pujian dari Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri. Ilyas turut menjadi tumpuan banyak pihak media. Ketika ditemu ramah oleh pihak pemberita TV3, mereka meminta Ilyas memberikan keterangan dan maklumat mengenai serangan dadah zombi yang pertama kalinya berlaku di Malaysia. Dalam ucapannya, selain menerangkan maklumat tersebut serta Robert selaku penjenayah yang amat dikehendaki di USA, Ilyas sempat berpesan kepada masyarakat, terutamanya golongan muda, agar tidak terjebak dengan dadah yang ternyata menggelapkan masa depan mereka. Di akhir ucapannya, dia turut berharap agar pihak polis lebih cekap dalam bertindak membanteras pengedar dadah serta berikrar lafaz PDRM memerangi setiap petualang yang mahu menghancurkan bangsa dan negara.
Oleh:

Amirul Hakim Rashuddin. [PROFIL: Klik SINI]
Johor Bahru, Johor.
-TAMAT-