Berbagai rentak tari
dia cipta dan terus menari tanpa henti
hingga hingar bingar seluruh negeri
ada yang sumbang
ada yang melankolit
ada yang dramatis bercampur baur
hingga penonton rasa mual
dan tercirit-birit tanpa dia sedari
kerana egonya yang melimpah
pentas telah bersepah
dengan najis dan muntah.

Dia masih mahu bermain
melompat dan menari di pentas
walau nafas sudah tersekat-sekat
dan kaki sentiasa tersepak benteng
tidak dia peduli kata hati
tidak dia berhajat tunaikan janji
tidak dia peduli segala hasrat
dia hanya puaskan hati sendiri
melihat penonton sakit hati
teraba-raba tanpa arah yang pasti.

Tak pernah salah kaki melangkah
hanya pentas tinggi rendah
tahi sendiri bersepah pecah.

Senja kian merah
ruang bernafas semakin panas
pementasan berjalan tanpa arah
dia makin mendesah
mengelabah termakan sumpah
penonton makin menyampah
segera berpaling arah
legasi semakin punah
Wawasan 2020 terkubur tanpa nesan sejarah.

Dia mahu hidup 1000 tahun lagi.

Oleh:

Yajuk.
Bukit Jering.
06012020.

TAMAT.