EKHWAN RUSLI ialah nama ringkas yang dijadikan nama pena oleh Mohd Amirul Ekhwan bin Rusli. Anak jati kelahiran Kuala Lumpur ini merupakan bapa kepada sepasang cahaya mata, dan kini bertugas sebagai General Manager di Mastrak Sdn Bhd, syarikat pembuat produk konkrit praregang bagi industri rel.
Ekhwan mula menulis di pertengahan tahun 2018, dan alhamdulillah, jejak cerpen Wak Goji yang tersiar diikuti oleh cerpen eceran lain. Jutaan terima kasih atas peluang yang diberikan Utusan Malaysia Sabtu, Berita Harian Ahad, dan Mingguan Malaysia bagi 6 garapannya. Antara cerpen yang terbit dalam sela masa Julai 2018 – Jun 2019 adalah: Raya 1451, Sri bercakap dengan Jeanne, dan Sekolah di Persimpangan. Selain itu, syukur jua, beberapa cerpen dan sajak (Kaboom! dan Ikatan) mendapat ruang di laman eSastera GAKSA. Bahkan, insya-Allah, jika ada rezeki, akan ada dua antologi cerpen yang disertainya kelak.
Segala-galanya disyukuri dan jauh melangkaui sangkaan penulis yang tidak memiliki sebarang latar belakang kesusasteraan. Baginya, menulis hanya semata-mata untuk memastikan jiwa Melayunya kekal bernyawa. Sebagai penulis yang amat mentah, Ekhwan amat menghargai segala tunjuk ajar dan menyusun jemari tanda hormat kepada warga pena yang lebih senior.
KARYA DI PORTAL E-SASTERA VAGANZA ASEAN (ESVA)
(1) ESVA 1: Klik SINI. (2) ESVA 2: Klik SINI.
. Jeritan Buat Pemimpin: Antologi Puisi E-Sastera Vaganza ASEAN . Sayembara Penulisan Menara 2022 .
CERPEN:
. Kaboom! .
PUISI:
. Ikatan . Kisah Si Wali . Sandiwara Bicara . Senyum . Sempatkah Aku? . Tarikh .
TAMAT.