NOORHAMY (atau Gagak Rimba) ialah nama pena Noorshamsuddin bin Hj. Md. Yassin mantan seorang pendidik sekolah menengah jurusan senilukis dan kraftangan. Jawatan terakhir sebelum bersara ialah sebagai Penolong Kanan Pegawai Pelajaran.
Mulai berjinak-jinak menulis puisi sajak sejak di bangku sekolah mnengah lagi pada tahun 1964 yang telah disiarkan di majalah sekolah dan terus berkarya sehingga kini. Hasil-hasil karya puisi sajak pernah dikeluarkan di akhbar Borneo Bulletin, Pelita Brunei, Majalah Bahana DBP Brunei dan juga Media Permata. Selain daripada itu, hasil-hasil karya sajak juga pernah dikeluarkan di dalam majalah-majalah keluaran sekolah di mana sahaja pernah bertugas. Antara nama-nama pena yang lain yang pernah digunakan ialah MY Musdina, Nur Qalam, Noorah AMY, Permani Panaka Lima, dan juga Tuk Abih. Beberapa hasil karya telah dimuatkan di dalam buku: Antologi Puisi RESTAAN ANAK MERDEKA (Penulis Daerah Tutong 2006) Keluaran DBP Brunei, Antologi Sajak SUARA (Penulis Daerah Tutong 2009) Keluaran DBP Brunei, Antologi Sajak KE MERCU EMAS (Penulis Daerah Tutong 2011) Keluaran DBP Brunei, Antologi CAHAYA TERUS BERSINAR Sempena memperingati 100 tahun Pendidikan Formal Negara Brunei Darussalam yang telah diterbitkan pada 2014 oleh Program Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian Melayu Fakulti Sastera dan Sains sosial, Universiti Brunei Darussalam, Antologi bersama Sajak AMAS TAMPAWAN 2015 – Selenggaraan Kesepakatan Warga Emas, Antologi bersama PANTUN DAN SYAIR 2016 Selanggaraan Rakan Warga Emas, dan juga Antologi SERUMPUN SEKATA Perhimpunan Sasterawan Budayawan Negara Serumpun (PSBNS) Brunei 2017.
Karya buku solo yang pertama ANTOLOGI SAJAK SUARA DARI PANTAI terbitan Bahagian Bahasa dan Sastera Badan kesenian dan Kebudayaan (B2K) Tutong pada tahun 2011 dan buku solo yang kedua KUMPULAN SAJAK LORONG-LORONG KEHIDUPAN terbitan Bahagian Bahasa dan Sastera Badan kesenian dan Kebudayaan (B2K) Tutong pada tahun 2015.
Bidang puisi yang lain diminati ialah syair dan pantun. Juga meminati cerpen.

Noorhamy juga berminat bermain alat muzik tradisional dan moden. Seni Lukis, Seni bela diri (silat), Nyanyian dan tarian, dan juga Dikir Brunei ialah bidang-bidang yang lain yang sama diceburi.
Pada masa ini aktif menganggotai beberapa pertubuhan swasta seperti:
PAKATAN, BADAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN (B2K) Tutong, dan SYARIKAT KE-OPERASI PRIMET selain dari menjadi AJK Tadbir badan-badan di bawah kelolaan kerajaan seperti: PUSAT KEGIATAN WARGA EMAS (PKWE) Tutong, AJK TAKMIR MASJID, MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG dan juga MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM.

KARYA DI PORTAL E-SASTERA VAGANZA ASEAN (ESVA)
(1) ESVA 1: Klik SINI. (2) ESVA 2: Klik SINI.
BERITA:
. Perjumpaan Penulis Amas Tampawan .
NONSASTERA:
. Kg. Telamba Lama (Lukisan) . Pantai Seri Kenangan (Lukisan) . Tasik Merimbun (Lukisan) .
PUISI:
. Aku Tak Lelap (Tanka) . Ayam, Telur Ayam (Tanka) . Berbungalah Bimbang (Pantun) . Bicara Malam (Tanka) . Bintang (Haiku) . Bulan (Tanka) . Detik Subuh (2023) . Disambut Senja . Kopi Bujang (Tanka). Hadir Dan Hilang . Irama Senja . Kedamaian . Kembara Seorang Tua . Kisah Burung Malam . Meniti Hari . Menjelang Syuruk Dari Jendela . Menuju Pintu . Merenung Langit Dan Laut . Pamit Di Senja Kalbu . Pantun Hairan . Rumah Ombak . Senja (Tanka) . Sisa . Subuh Menyepi . Sudah Naik . Tahun Baru . Tanpa Suara (Tanka) . Tawakal (Patidusa). Terbakar . Wajah Sepi Seorang Tua .
TAMAT.