ASLINA Idris, atau nama penanya, Balada_biru. Dilahirkan pada 13 Ogos 1975 di Hospital Kem Terendak, Melaka. Memiliki Sijil Diploma daripada Open University Malaysia (OUM) dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia. Kini bekerja sebagai kerani di RISDA ESTATES Sdn. Bhd.

Mula mengasah bakat dalam bidang penulisan sejak tahun 1992 sebagai wartawan foto sambilan majalah PENDEKAR menggunakan nama pena Srikandi Melaka Liezzanna. Pada 1996, bertugas sebagai Subeditor majalah kanak-kanak Usop Sontorion.

            Karya sajak dan puisi pernah disiarkan di dalam majalah FANTASI, PENDEKAR, dan di radio online wanita.4u.fm dalam Segmen Belaian Jiwa. Karya pernah tersiar di akhbar Berita Harian, New Sabah Times, dan Sinar Harian.  Sejak 2017, kira-kira 17 antologi puisi dan cerpen terbitan KSNS, Karyawan Hujan Emas, dan Jom Sastera telah disertai. Pernah bertugas sebagai Penolong editor & Grafik sambilan bagi majalah SUSASTERA dan buku-buku Jom Sastera. Pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Jom Sastera.  Sebanyak 19 naskah tajuk buku antologi dan perseorangan telah diselenggarakan sejak dua tahun yang lalu.

KARYA DI PORTAL E-SASTERA VAGANZA ASEAN

. Aku Manusia Biasa . Resah Si Pekebun Sayur .

TAMAT.