PESAN BUSU

Andai diam itu emas
Jadikan kalam sebagai penggalas

Andai budi suntingan hati
Jadikan diri akhlak terpuji

Walau beribu jalan berliku
Usah bertandu hawa nafsu

Berpada-pada dalam berbudi
Jangan kita disalah mengerti

Tarik pelepah si upih pinang
Secantik solehah bila dikenang

Hidup ini cuma pinjaman
Sampai hari dijemput Tuhan

Oleh:

Cikseri Banang.
Senai Airport.
612020
.

TAMAT.