Suzana Jumadil atau nama sebenarnya, Suzana Binti Jumadil, berasal dari Tawau, Sabah. Mendapat pendidikan awal di SK Batu 22, Apas Balung, Tawau (1984-1989). Kemudianya menyambung persekolahan di SMK Balung, Tawau (1990-1994) dan SBP Lahad Datu (1995-1996). Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang Sastera dengan Pendidikan (1997-2000). Sekarang ini, beliau bertugas di SMK Kubong, Limbang Sarawak. Kini, beliau, bergerak aktif dalam dunia penulisan. Karya beliau tersiar menerusi genre puisi dan cerpen di akhbar perdana dan akbar tempatan di Sabah dan Sarawak. Beberapa antologi bersama penulis lain (cerpen dan puisi) turut memuatkan karya beliau. Novel pertamanya bertajuk Hingga Nafas Yang Terakhir telah terbit pada November 2019.

TAMAT.