(menjadi jutawan senyap)

Titisan air
diurus dengan waras kecerdasan
disalur dengan tepatnya sistem
bertukar menjadi arus
menderu deras dalam terusan.

Belajar langkah menyasar
dan menadah
dan mencurah
air akan melimpah-ruah
memenuhi sawah.

Oleh:

-IRWAN ABU BAKAR
Kuala Lumpur, 29.12.2019.

TAMAT.