Biar tersekat di hujan badai
Tetap berhajat sehingga sampai.

Berkelip bintang di langit tinggi
Tetap kujelang mimpi bahari.

Usah dikira emas tempawan
Taksiran jiwa bukan mainan.

Semarak pelangi selepas hujan
Akhlak dan budi bukan taruhan.

Biar berlalu awan mendung
Akan kupalu semangat mengunung.

Dalam pasrah dan istiqomah
Kepada Allah aku berserah..

Oleh:

Cikseri Banang
Johor Bahru, Johor.
2019.

TAMAT.