Medan, Indonesia. Sabtu 14.12.2019. Majlis anjuran Gaksa@Medan. Hari pertama melibatkan pembentangan dan persembahan di dewan Gedung Anjungan Melayu, Medan. Sekretariat Gaksa @ Kuala Lumpur diwakili oleh Dr. Irwan Abu Bakar dan Ilya Kablam. Majlis diuruskan oleh Koordinator Gaksa@Medan, iaitu sdr Muhammad Iqbal Alfahri. Gambar atas menunjukkan pengacara majlis, Intan dan Ade, beraksi di pentas demi merancakkan perjalanan majlis).

Pembentangan

Pembentangan telah dilakukan oleh Dr. Irwan Abu Bakar, Presiden Gabungan Komunitas Sastra ASEAN (Gaksa) dan Persatuan Aktivis E-sastera Malaysai (E-SASTERA), sdr Muhammad Iqbal Alfahri, Duta Bahasa Sumut 2019, dan sdr Nur Saadah, Putri Pariwisata Sumut 2019.

Persembahan

Di samping pembentangan akademik, majlis dihiasi persembahan tarian, deklamasi puisi (oleh sdr Minarti), nyanyian (oleh sdr Henny Syafitri Nasution dan sdr FK Zalukhu), serta stand-up comedy (oleh komedian sdr Putra, empat dari kanan).

HARI KEDUA – PROGRAM WISATA

Pada hari kedua (separauh hari sahaja), program melibatkan lawatan ke tempat wisata utama Medan, iaitu Istana Maimum, Masjid Raya Al-Mansoen, dan Taman Sri Deli.

LAWATAN PERIBADI KE BINJAI. Selesai majlis rasmi, selepas Zuhur, Dr. Irwan, Ilya Kablam, dan Iqbal Alfahri telah dibawa oleh peserta dari Binjai, sdr Diponegoro, untuk makan tengah hari di restoran keluarganya, Komplek Rumah Makan Kebun Pondok Punokarwan, Binjai, kira-kira 50 minit berkereta dari kota Medan.

Foto: Sdr Diponegoro (belakang kanan) dan abangnya, sdr Arafahan (belakang kiri) menjadi tuan rumah kepada kami sepetangan kami berada di Binjai.

PENGHARGAAN:

Kehadiran Dr. Irwan Abu Bakar dan Ilya Kalam di Medan ditaja oleh Persatuan Aktivis E-sastera Malaysia (E-SASTERA).

Lapaoran oleh:

Dr. Irwan Abu Bakar,
Kuala Lumpur, Malaysia.
17.12.2019.

TAMAT.