Kekalkan tanda ini hingga ke mercu
cinta yang melukis dalam pintu rindu
akan aku tunggu di garis waktu
sementara tubuh ini tersedar dibahu
menunggu tabir sayang melafazkan sesuatu
dari tiga kata yang lama dibuai kalbu

Senyuman raut bibir adam bicara
dimensi terus berteka di hati hawa
menggenggam sejambak bunga
dengan bersaksi langit biru muda
membuka jalan yang datang ke kota
menyambut salam seindah suria

Siang malam berdendangkan alam
di taman syurga yang tersergam
membaja benih-benih semalam
hadir berjuangkan nota-nota kalam
agar tidak hilang dan tenggelam
dari lipatan sejarah yang silam

Nukilan:

GABRIEL KIMJUAN
Taman Mutiara, Labuan, Malaysia.
9 Disember 2019

TAMAT.