Anak jati kelahiran Johor Bahru, Johor, Malaysia. Bertugas sebagai General Manager di Al Haddad Groups. Seorang motivator khusus keusahawanan dan motivator khusus program motivasi syarikat. Dilantik sebagai Penyelia & Penyelenggara International Marketing bagi Al Haddad Groups semenjak 2012 sehingga saat ini dan sebagai CEO di Ummurahmah Shope & Centre. Mula menghasilkan karya semenjak tahun 2005. Karya-karya pernah terbit di media tempatan seperti akhbar Mingguan Malaysia dan majalah Mingguan Wanita. Seorang jurugambar bebas yang telah menghasilkan sajak-sajak di antologi nasional dan Nusantara. Antaranya antologi Wangian Kembang KONPEN 2018, antologi puisi Pertemuan Sasterawan Nusantara Merekat Retak Cermin Nusantara, antologi Banjarbaru’s Rainy Day, antologi Musim Luruh, dan terbaru antologi Perempuan 3 Wajah. Puisi juga turut disiarkan di majalah Penyair 2018.

TAMAT.