Image result for poor lady

Seraga delima di tepi timba,
singgah beradu dibandar Melaka;
hamba umpama gagak di rimba,
menumpang rindu hanya seketika.

Datang berlima membawa jerami,
sawah dibajak pelusuk desa;
hamba umpama rumput di bumi,
rendah dipijak setiap masa.

Buah delima dari Kapit ,
Pisang setandang di atas meja;
hamba umpama burungnya pipit,
kecil dipandang diejek saja.

Kedondong dikerat dibuat jeruk,
pokok sena di hujung padang;
hamba ibarat kain buruk,
tiada berguna tidak dipandang.

Lama terperuk sudah di rimba,
pasang pelita mencari belalang;
sungguhpun buruk dirinya hamba,
tiada dipinta emas sedulang.

Oleh:

Salam Kasih
ADYRA AZ-ZAHRA
KUALA LUMPUR, 7 DISEMBER 2019.

TAMAT.