Image result for ombak di pantai

Aku, kau, dan dia
menoreh bahasa
pada titik rasa di hati
pabila diri-Nya hadir
tanpa masa
tanpa jarak antara
indah seketika menulis
mengalunkan irama
dalam berbagai rasa
menjadi sebuah ceritera
tanpa membaca skrip
apa yang mengalir
tertumpah pada rasa
hati bagaikan ombak
mencium gigian pepasir
tanpa muzik
tanpa tarian yang
mengasyikkan.

Itulah Dia
dan hanya Dia
dalam diri aku, kau, dan mereka
setelah menjadi kita.

Salam Kasih
ADYRA AZ-ZAHRA
KUALA LUMPUR, November 3 2019, 8.36 AM.

TAMAT.