Masih lagi terus begini
ketika malam menjadi siang
apabila lena semakin sukar untuk ditemukan
seperti bersembunyi di dalam kegelapan.

Hanya keranamu Kekasih
perlahan-lahan jiwa berdiri
menyalakan pelita di dalam hati
dalam kesamaran sunyi malam
mendekati-Mu di dalam qiam.

Kekasih, jangan pergi
sambut cintaku malam ini
dari segenap ruang qalbu
bertirai lembut zikir mahmudah
agar qalbiku dapat Kautuntun
ke suatu daerah paling indah
selamanya bermukim di qalbun salim.

Oleh:
Seri Banang
Kuching Sarawak, 01112019 .

TAMAT.