
Kelam-kabut benar nampak dia. Dia tak dapat nak bayar. Dia kata, dompetnya tetinggal di rumah. Mamak kasyier tu tak percaya, dan macam marah2 dia.
Dia melihat sekeliling, dan akhirnya mohon bantuan pelanggan di meja terdekat dengan kasyier. Mereka di meja itu melihat sesama sendiri, dan buat tak peduli; jelas tidak percaya kepada dia.
Aku ke meja kasyier, tanya budak Mamak di kasyier tu, berapa si dia perlu bayar. Ah, dia makan roti canai kosong dan teh O panas sahaja. RM2.80 sahaja. Aku bayarkan kos itu bersama dengan bil aku. Dia sangat-sangat berterima kasih. Aku kata kepadanya, “Tak apa, tak apa…”
Aku percaya dia tertinggal dompetnya di rumah. Walaupun dia tidak cam aku tetapi aku kenal dia seorang professor gred A di sebuah universiti terkemuka. Gajinya dalam RM30,000 sebulan.
Oleh:
Irwan Abu Bakar
Kuala Lumpur, 11.11.2019
TAMAT.