Kuala Lumpur: Rabu 30.10.2019. Pada jam 2.00 petang, Irwan Abu Bakar mewakili eSastera Enterprise, telah bertemu dengan Dr. Victor Pogadaev di Pusat Alumni Universiti Malaya. Dr. Victor baru sahaja beberapa hari tiba di Kuala Lumpur dari Moscow. Mereka berdua adalah sama-sama bekas kakitangan akdemik Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Dalam pertemuan itu, Dr. Irwan telah menyerahkan kepada Dr. Victor buku Tetatmu Senja: Antologi Puisi Melayu-Rusia Edisi Melayu (Kuala Lumpur: eSastera Enterprise, 2019). Versi Rusia buku itu telah diselenggarakan dan diterbitkan di Rusia pada tahun 2018 oleh Dr. Victor.

TAMAT.