Image result for image sad heart

Mem, rindu itu mengapa
hatiku kau cekik-cekik
kusangka tenang macam lembah muara
tapi; deras bagai Niagara.

Mengapa kau picit-picit jantungku
malamku racau seperti kesurupan
kukira bisa seriat hujan rindu
tapi; bertambah guruh dan petir
di mega dadaku.

Mengapa, jiwaku kau tunjal-tunjal
itu bukan buah binjai
nak tahu masak dan tidak
sedangkan merah di pipi
sudah kau teka apa isinya.

Mengapa?

Oleh:

ALOYINDRA
Sepang, 300919
.

TAMAT.