SAYEMBARA ESVA-4
2.0. PENYERTAAN
Kami menerima 17 penyertaan daripada 16 orang penulis. Mohon sedikit masa lagi untuk kami tentukan pemenangnya.
Para peserta:
- Rafael Maribin (“Pokok Bunga Raya”).
- Razak Ifa (“Biar Bonda Kembali Tersenyum”)..
- Lara MN (“Menghadzam Fikrah Di Pintu Malaysia Baharu”).
- CT Nurza (“Semarak Perpaduan Malaysia Baharu”).
- Mokhtar Rahman (“Kita Sudah Jauh”).
- Aini8584 (“Sumpah Anak Merdeka”).
- Muzaffar Tawang (“Pohon Nusa”).
- Moh. Ghufron Cholid (“Menggambar Malaysia Masa Depan”).
- A’yat Khalil (“Kembali Ke Tanah”).
- Desty Putri (“Derita Rindu Dalam Luka”).
- Sriwati Labot (“Malaysia Baharu”).
- Sriwati Labot (“Malaysia Baharu (ii)”).
- Winar_Ytb. (“Senja”).
- Tubuh Retak [Wangi Darah <tajikuning1@gmail.com>] (“Di Malaysia Baharu”).
- Supri Yadi (“Gadis Idaman”).
- Jenny O (“Harmoni Bak Batik”).
- Ibnu Din Assingkiri (“Genggaman Merdeka”).
1.0. INFO SAYEMBARA
SAYEMBARA PUISI MALAYSIA BAHARU.
Tempoh sayembara: 31.08.2019.
Tutup: 31.08.2019 @ 11.59 PM.
Hadiah:
Pertama. RM100.
Kedua: RM99.
JANJI: Keputusan akan diumumkan esok.
SEGERA emelkan penyertaan anda ke eSastera@gmail.com.
TAMAT.
KARYA PENYERTAAN
1.
POKOK BUNGA RAYA
Anak bangsa Malaysia baru !
antara bunga mimpi dan realiti
dalam menuju era globalisasi
bukanlah semudah mencipta
istana cinta di tepi pantai
atau membiarkan bangsa kita dijajah lagi.
Anak bangsa Malaysia baru !
tanamlah , semailah , bajailah
agar tumbuh menjulang tinggi
demi bangsa dan agama
mentafsir wawasan Malaysia baru
membina jati diri
meraih akar dalam tunjang diri
menegak pohon-pohon yang merendangkan
daun-daun semangat.
Anak bangsa Malaysia baru !
siramkanlah falsafah minda kreatif
jangan biarkan kering
terkulai layu
kerana pokok bunga raya itu adalah serumpun
kerana pokok bunga raya itu
adalah warga Malaysia yang merdeka.
Rafael Maribin ,
Kg. Sampir , Kota Marudu , Sabah.
2.
BIAR BONDA KEMBALI TERSENYUM
Biar bonda kembali tersenyum
usah lagi saling menghukum
tidakkah terimbas gaharu mengharum
tanah bertuah suburnya bersiram darah
merdeka ditempa bawah gelatuk tulang sejarah
mengapa kini sokong membawa rebah.
biar bonda kembali tersenyum
sama secekut suap sama sehirup minum
menyerap kasih tumbuhkan sum-sum.
dewasa bukan untuk berbanding gagah
bantah tak berpepah salah tak dibalah
santuni budi menjunjung maruah.
IFFA AINI HAMD.
31.08.2019, Tangkak, Johor.
3.
MENGHADZAM FIKRAH DI PINTU MALAYSIA BAHARU
Tajamkan pandangan
hingga hinggap ke jendela bashirah
tenung menembusi yang tersurat
meraup makna makrifat
Haluskan pendengaran
hingga terdengar pasir ditiup angin
bergetarlah setiap sir ingin
dalam peka samak hakikat diri
Lapang jiwa ihsan saujana
menjadi ladang kebajikan
biar subur pohon-pohon fikrah
rimbun berpayung ummah
Di sini bukan gelanggang
menduga seteru
tapi menyatu fikrah maha seru
pemimpin dan pengikut berpadu
jalan pasti lurus
biarpun seribu liku
Lara MN
Kuala Terengganu.
4.
SEMARAK PERPADUAN MALAYSIA BAHARU
Kibaran jalur gemilang
merah, kuning, putih dan biru
menghiasi majlis perarakan
perarakan hari merdeka ke-62
melakar sejarah Malaysia Baharu
menyaksikan keharmonian bangsa
pelbagai kaum bersatu padu
mengenepikan segala provokasi
membuktikan rakyat berinovasi
memastikan wawasan terealisasi
demi kebangkitan ke era baharu
rakyat dan pemimpin berganding bahu
membangunkan negara menyemarakkan perpaduan
semangat perjuangan dipacu disuburkan
Tiupan nafiri
menjadi latar suara kemerdekaan
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Malaysia bersih
Malaysia bangkit
demikian laungan menyerikan perbarisan
Hari Kebangsaan 2019.
CT Nurza
Jerantut, Pahang, Malaysia
31 Ogos 2019
5.
KITA SUDAH JAUH
Kita sudah jauh meninggalkan kampung dan teratak,
kepuk padi, sekolah atap dan jalan-jalan becak,
berkurun lalu kita punya Semenanjung Tanah Melayu
punya kedaulatan, bangsa yang berpadu,
kaya hasil buminya, tanah sawah,
ladang getah, sawit dan bijih timah,
Kita sudah jauh meninggalkan tradisi dan budaya,
sudah tidak lagi berdayung, berbasikal, berbeca,
tiada lagi jelapang, anur, kerbau dan tenggala,
Sedar, kita sudah jauh menjangkau usia,
enam-puluh dua tahun jejak-jejak merdeka
dan segala yang lalu, tinggal nostalgia
telah luput dimamah waktu kian teruja,
Generasi kini lebih mampu bergaya
berkilik sang “tablet” dan aneka gajet
kehidupan mewah,
demikian telefon bimbit dan kad pintar sudah begitu lumrah
seperti baju dan seluar,
betapa keperluan pada mengisi ruang
yang tidak pernah menoleh belakang,
Kita sudah jauh meninggalkan santun dan budi
kini berdepan era robotik dan teknologi tinggi
meresapi rongga-rongga benak, hati nadi
yang mengubah manusia dan seputar alamnya
menjadi hamba atau mungkin sahabat setia?
Kita sudah jauh meninggalkan tahun-tahun perjuangan
dan kini memacu tahun-tahun persaingan
pada setiap langkah penuh ranjau dan cabaran,
Mokhtar Rahman
Alor Setar 31 Ogos 2019
6.
SUMPAH ANAK MERDEKA
Di tanah keramat ini
Berbumbungkan langit
Beralaskan dedaunan
Darah pahlawan mengalir segar
Merobek hati
Setiap mata memandang.
Di tanah keramat ini
pernah menjadi saksi bisu
gema suara satria
memperjuang setiap inci
Tanah air Kita
Dari belenggu penjajah bangsat
yang rakus merompak khazanah bangsa.
Kini
Setelah 62 tahun tanah keramat ini bebas
Dari belenggu tangan durjana
Jangan dibiar petualang ini menapak semula
Jangan dibiar hasil tanah Kita
Dirampas tanpa belas
Jangan dibiar Luka yang lama berdarah kembali.
Aku anak kecil Tika ini
Punya hati Dan rasa
Biar buku sejarah sekadar tatapan
Aura kesatria pahlawan negara
Tetapku julang walau tidak pernah menatap wajah mereka.
Aku anak merdeka
Bersumpah akan kupertahan Negara tercinta
Dari cengkaman anasir negatif
Yang mampu meragut setiap inci
Kemakmuran tanah airku
Aku anak merdeka
Bersumpah
Kugenggam semangat ini
Biar teguh tersemat mengakar ke bumi.
Ayuh semua
sedarlah jangan pernah mensia-siakan
Kemerdekaan yg telah Kita kecapi
Bersyukurlah
tanah tumpah darahku
Kekal Aman walau badai datang bertanding.
31 ogos 2019, 6:38pm
-yuni-
7.
POHON NUSA
Di tanah merdeka ini
semailah benih perubahan
biar tumbuh generasi
menjulang tinggi
tafsir wawasan jati diri.
bajailah akar perpaduan
meraih tegap tunjang integriti
menegak pepohon damai
merendangkan dedaun impian.
kini berakhir sudah penantian
buah baharu sebuah impian
segera terbit di julai harapan
wanginya semerbak
terangnya bersinar
manisnya melimpah
segera unggas berterbangan bebas
menumpang di bawah pohon nusa
tiada tiris penuh santun
Pohon merdeka ini
jangan dibiarkan kering
siramlah wangian kejujuran
gemburlah tanah persengketaan
kerana kita adalah
anak merdeka di ranah Malaysia Bersih.
Adi Muzaffar
Ogos 2019
8.
MENGGAMBAR MALAYSIA MASA DEPAN
Malaysia masa depan
Adalah taman puisi
Wangi sampai hati
Benih-benih penyair
Tumbuh dan mengakar
Malaysia masa depan
Bocah-bocah berebut kendali
Intisari teknologi
Malaysia masa depan
Tulisan Jawi terkubur pelan-pelan
Dalam perbincangan juga ingatan
Sebelum warisan leluhur terhapus dalam peta
Bergegas dan rawatlah ia sepenuh cinta
Biar linang tak jadi tanda dan penanda
Moh. Ghufron Cholid
Junglorong, 31 Agustus 2019
9.
Puisi A’yat Khalili*
BERBAKTI KE TANAH
Jaga lidahmu, biar jauh dari sengketa dan gerutu
Ketika angin hidup kencang bertiup
Debu dan pasir-pasir sagara mudah berembus
Menyisir tapak dan jejak melanglang arah kembara
Sejak gendongan bunda hingga ke liang tanah
Menyeberangi selat, bandar dan laut
Mencari hajat niaga yang terpahat di jazirah dan samudra
Berlayar dari pulau-pulau kecil yang merapat lindap
Jangan tak tahu adat, agar jalanmu tak tersendat
Mencari haluan kiblat. Ke mana wajah
harus dipertuan, jika kepala sudah jadi gelombang
dalam setiap pijakan. Ibarat ikan di laut
Tak pernah asin, terhadap saudara sendiri asing
Bagai ada tabir, antara tanah dan air. Darah dan alir.
Padahal kau dan aku tumpah dari belantara bumi
yang sama pahit dan manisnya. Ibu dan bapak
dari moyang yang sama. Bagai buah jatuh
tak jauh dari pepohonnya. Walau ranting dan dahan
Menyebar ke hulu dan ke hilir, aku minum
dari saripati mata airmu. Dagingku dari ikan-ikanmu.
Tulang belulangku dari akar-akar yang menjalar
Jadi urat dan nadi sepanjang nalar.
Kau hidup di seberang, aku berdiam di tepian
Kita memang bukan seayah dan sebunda,
tetapi raga dan jiwa sesaudara.
Jangan sampai ada ulah, supaya tiada tulah
Cukup jaga tanah kita, biar hidup selalu berkah.
Indonesia, 31 Agustus 2019
10.
DERITA RINDU DALAM LUKA
Senandung angin malam melantunkan nada-nada kesepian,
menyelimuti kelam dalam kabut malam,
deburan ombak yang datang silih berganti,
mendendangkan kicauan indah burung Trinil pantai,
terasa semilir angin meneriakkan rindu dalam riuhnya sepi yang berkecamuk dalam hati.
Suara daun-daun pohon kelapa yang saling bersaut-sautan,
menciptakan suara rindu di kala itu,
mengalunkan suara indah pada malam yang sendu,
namun tiba-tiba raga tersentak ketika kenangan seakan menjelma nyata,
tangis memecah suasana, sesak menusuk dada, kemudian hampa terasa merasuk jiwa.
Saat keheningan menusuk relung sukma,
ketika semua rasa menjadi satu dalam kelamnya luka,
aku terhempas jauh, jatuh dan tenggelam dalam palung paling dalam,
membawa serta kenangan yang ingin ku lupakan, menghilang dalam luasnya lautan,
lalu membiarkan ingatan di telan kebisuan yang tak berkesudahan.
Bogor, 31 agustus 2019
11.
Puisi.
Tajuk : Malaysia Baharu
Karya : Sriwati Bt Labot.
MALAYSIA BAHARU
Ketika membaca naskahmu
Ada huruf yang kesempitan hak cipta
Ada ayat yang tergantung tanda baca.
Di helaian pertama ada bab seratus hari
Seribu janji yang berpuisi dalam sepi
Di lembaran seterusnya
Banyak cerita yang ditulis diatas duri durian
(Ah! Pastinya ini bukan tinta biasa-biasa)
Kononnya inilah buah raja segala raja
Mentimun tahu apa?
Menggelek luka digelek pun luka
Iss! Banyaknya merapu
Macam penjual minyak dagu.
Dalam Malaysia baru
Semua suka membaca yang baru-baru
Kena ada unsur jenaka gila
Barulah ramai yang bagi tanda biru
Kena pandai karang cerita berantai
Barulah tidak ada yang jemu
Kena Nampak macam ikhlas
Barulah terlindung majas dan kias.
Malaysia Baharu
Edisi kulit keras.
12.
Puisi.
Tajuk : Malaysia Baharu (ii)
Karya : Sriwati Bt Labot
MALAYSIA BAHARU (ii)
Adalah kapal dengan layar
Dan nakhoda segak bijak bergaya
Mendepani masa.
Adalah laut dengan gelora
Dan ombak ganas deras mencantas
Menggulung sengketa.
Adalah pantai dengan setia
Dan pengertian perjuangan istiqamah
Menjulang panji negara.
Malaysia Baharu dengan sebelumnya
Adalah sama tiada beza
Tafsiran kitalah yang menganalisa.
Sarawak.
13.
Winar_Ytb
SENJA
Waktu merangkak meniti senja
Menyapa malam ramah merekah
Aku, ntah siapa aku
Riuh gemuruh, derap jantung
Mengiring aliran nadi
Aku, ntah kenapa aku
Menatap senja bertangkai rindu
Rindu tentang anak manusia
Dengan senja tak menyapa
Malam juga enggan bergeming
Kini terjawab sudah
Siapa aku?
Kenapa aku?
Cukup senja dan aku
Memeluk rindu hingga bersatu
14.
Wangi Darah <tajikuning1@gmail.com>
DI MALAYSIA BAHARU
Oleh: Tubuh Retak (FB: Tuboh Retak) 0109381046
Di tanah permai ini
apa yang kau cari?
tiada apa-apa yang baharu
hujan masih mengguyur
panas tetap menggigit
masakan dan kuih enak seperti biasa
di tanah nyaman ini
apa yang kau mahu pasti kau temui
setandan pisang atau sawit
telefon pintar atau kereta nasional
ada belaka
pokok-pokok masih menghijau
walau sedikit demi sedikit
ditebang untuk dieksport
tetapi percayalah
di dalam sana sudah tiada komunis
berkat jerih usaha pahlawan tak bernama
tempat kita besar ini lah
mengajar erti kehidupan
yang baharu hanya istilah suatu pertukaran
negara kita memang masih aman
walau sedikit kacau di sana sini
bangunlah dan tempas habuk di baju
cucilah mata dan basuh tangan
banyak kerja nyang perlu kita usiakan
di tanah tercinta ini.
15.
Supri Yadi
GADIS IDAMAN
Dua puluh tahun lebih aku dilahirkan.
Belum pernah kutemukan seorang gadis idaman.
Mungkinkah kini aku baru merasakan.
Adanya cinta padamu gadis pujaan.
Hai kau gadis idaman.
Gadis sholehah yang kuimpikan.
Mengenalmu adalah suatu keberuntungan.
Bagi aku seorang pria pas-pasan.
Aku bersyukur kita dipertemukan.
Meski jauh di pulau perantauan.
Apakah kita bisa duduk di pelaminan?
Hanya Tuhanlah yang menentukan.
Karya: Kang Supry
BIODATA PENULIS. Supriyadi, S.Pd,. Gr. atau lebih akrab disapa Kang Supry lahir di Kebumen pada tanggal 11 Juli 1994. Setelah selesai menyelesaikan studinya, penulis pernah mengabdikan diri ke plosok negeri di Indonesia bagian timur tepatnya di Maluku Utara pada tahun 2016-2017, satu tahun pengabdian memperloleh pengalaman yg mengagumkan. Setelah mnyelesaikan pendidikan profesi guru pada tahun 2018, kini penulis mengabdikan diri di Indonesia bagian tengah, tepatnya di pulau Kalimantan sampai sekarang.
16.
Jenny O
HARMONI BAK BATIK
Mencari identiti merdeka
Kita bangsa Malaysia
Tiada Melayu,Cina atau India
Bahasa Melayu menyatukan semua
Bendera itu lambang merdeka
Megar berkibar di kota dan desa
Patriotik disemai sejak tadika
Sejarah dihayati hingga dewasa
Kain batik pusaka zaman
Pelbagai warna tercetus ilham
Corak bunga mekar setaman
Mahu pun motif dari alam
Harmoni lakaran jadi idaman
Ibarat perpaduan teguh jalinan
17.

TAMAT.
KEPUTUSAN
Sayembara ESVA-4. Puisi “Malaysia Baharu”.
Tempat Pertama (RM100)
“Malaysia Baharu (ii)”
Karya: Sriwati Bt Labot
Catatan:
Sajak pendek yang tidak terlalu banyak manuver retorika dan eksperimen metafora ini dapat langsung membawa para pembaca mengenai apa yang baharu dan tak baharu dari “Malaysia Baharu”. Tidak seberapa terlihat ada penguasaan bahasa yang “mahir” dalam sajak ini, tapi keutuhan puisi dari judul hingga akhir patut diapresiasi, terlebih pada pandangan mengenai di mana keberadaan perubahan, yakni di dalam pikiran.
Tempat Kedua (RM99)
“Genggaman Merdeka”
Karya: Sanusi Ibnu Din Assingkiri
Catatan:
“Malaysia Baharu” dalam sajak ini mempertanyakan dan memaknai lagi kata “merdeka”. Cukup menarik cara penyair ini memainkan rangkaian kata yang saling memberi tekanan dari baris pertama hingga baris terakhir.
TAMAT 1.
HADIAH
Pertama RM100: Hadiah didermakan kembali oleh pemenang kepada penganjur (3.11.2022)
Kedua RM99: Paid 8.05.2021.
TAMAT.