HAZIQ 27

Haziq, 17
ke Al Noor Mosque di kota Auckland
hilang diserang manusia binatang
akhirnya Haziq ditemui mati
21 Mac dikebumi
Syurga dituju.

Image result for haziq santubong

Haziq, 27
dua bulan kemudian muncul dia
muncul di Santubong bervideo gelap
mengaku dia bersemburit berdua
terhantuk langkah seorang menteri
bergegar keutuhan  sebuah parti
rakyat bingung, ternanti-nanti.

Oleh:

IRWAN ABU BAKAR.
Kuala Lumpur, 23.06.2019.