Image result for animated images girl smiling

Pagi tadi aku lesu,
Bangkit yang longlai,
Gejolak perut dek daging salai,
Tapi aku harus bekerja,
Berkorban masa, tenaga dan minda,
Kerana senyummu nyata sepenting suria.

Menung aku dek lebaran,
Sudah hampir setengah Ramadan,
Lalu kubelek kepingan-kepingan potretmu,
Terserlah seri warna-warni bajumu,
Aduh, terpujuk jua hati ini,
Dek ketulusan senyum bererti.

Sungguh, dunia terkesan dengan senyuman,
Lapar? Potretmu bisa mengenyangkan,
Sakit? Senyummu mampu cuba menyembuhkan,
Sejuk? Wajahmu boleh memanaskan,
Ajaibnya salam disulami senyuman,
Hijau, Merah, Jingga, Biru dan Ungu: Yang mana satu jadi Idaman?

Namun kusedar wajibnya perkongsian,
Tuluskan hati, sebarkan senyuman,
Dari dompet potretmu kukeluarkan,
Kerana dunia hanyalah pinjaman,
Baik royalis mahupun republikan,
Semuanya mengharap senyuman kesultanan!

Oleh:

Ekhwan Rusli
Nilai, Negeri Sembilan, 18 Mei 2019.

TAMAT.