Image may contain: one or more people and text

Dr. Irwan Abu Bakar serta Group Lagu Puisi E-SASTERA (GLP = Ilya Kablam dan Hijas) telah mewakili GAKSA membuat persembahan dalam program “Baca Puisi Palestin dan Al-Aqsa” di Kuala Lumpur pada Selasa 21.05.2019 selepas solat Tarawih di Masjid Abdul Rahman bin Auf (MARBA). Program di bawah kelolaan SN Datuk Kemala.

Dr. Irwan mendeklamasi puisi “Mahanazi” karya penulis Indonesia Helvy Tiana Rossa sementara GLP menyampaikan puisi dari lirik lagu mereka “Doa Untuk Gaza”.

FOTO: Irwan Abu Bakar (kiri) serta Ilya dan Hijas (kanan) sedang menyampaikan deklamasi masing-masing.

PROGRAM

Venue: Masjid Abdul Rahman bin Auf (MARBA), Kuala Lumpur.
Masa: Selasa 21.05.2019 @ 9.30 PM.
Nama Program: Baca Puisi Palestin dan Al-Aqsa (sempena Nuzul Al-Quran).

BACA PUISI. 13 pembaca puisi (termasuk seorang dari Indonesia) tampil dengan ghairah membaca puisi pro Palestin Al-Aqsa. Mereka ialah Dr Irwan Abu Bakar, Korporal Azhar, Haji Askolani, Siso Kopratasa, Adiwangsa Sukma Ismail Ahmed, Datuk Rahman ShaariAzimin Bin Daud, Drs Siamir Marulafau (dari Medan, Indonesia), Adly Rabbanie, Letfee Ahmad, Zaleena E-naaIlya Kablam, Dr Fazilah Husin.

Video: GLP Ilya dan Hijas menggamatkan dewan persembahan.

TAMAT.