Sesungguhnya hati ini tersentuh
Kerana suatu waktu dahulu
Langit di sana sungguh biru
Demi masa
Sesungguhnya manusia boleh berubah

Darah dan airmata
Tidak bernilai lagi dalam hati manusia
Akibat sifat tamak dan haloba
Telah menguasai diri

Sains dan teknologi
Digunakan untuk membunuh
Manusia yang tidak bersalah
Peluru berpandu dicipta
Untuk membunuh manusia lain

Di sana langit tidak berseri lagi
Air mengalir lesu
Langit telah dihitamkan
Dengan kemajuan sains dan teknologi.

Oleh:

Rafael Maribin
Kg. Sampir , Kota Marudu , Sabah.
13 Mei 2019
Hari Isnin l 2 : 20 pm

TAMAT.