Sepanjang siang di bulan Ramadan
tidak difikir lapar dan dahaga
yang difokus lambakan pahala
sahur berbuka berganjaran belaka.

Sepanjang malam di bulan Ramadan
tidak difikir ngantuknya mata
fokusnya hati yang senang dan lapang
dalam rehat Tarawih sunat.

Sepanjang bulan di bulan Ramadan
tidak difikir nilainya harta
yang difokus sedekah jariah
tidak difikir harganya masa
Tumpunya tadarus dan zikrullah.

Kebaikan di Ramadan infiniti pahalanya
Allah sendiri membalas segala
dijanji-Nya Ramadan dua kebahagiaan
waktu berbuka dan bertemu Dia.

-IRWAN ABU BAKAR
Kuala Lumpur, 7.05.2019.