Animated rain icon illustration gif shower grey blue weather drops drop cloud rainy raining

Hujan
Memecah hening
Memecah kesunyian

Perlahan-lahan
Kita menjadi cinta
Bukan pada rasa
Tapi pada semesta
Atau barangkali pada angkasa

Tapi kau bilang
Kita telah jatuh cinta pada Tuhan
Yang memberi hujan pada kita
Kerana ini anugerah Sang Pencipta.

Oleh:

Rafael Maribin
Telipok , Kota Kinabalu , Sabah,
7 Mei 2019 l Hari Selasa, 12:30 p.m.

TAMAT.