Tibanya tongkat ternampak
terbiar tangga tercampak
terbongkar terusik tapak

Tuhan tunaikan tasbih
tiang terpuji terpilih
tawan taman terkasih

Tuai titian tangisan
tinggal tanda terkesan
terkubur tanah ternisan

Takdir terindah temui
teragung terzahir terangi
terukir tulisan teladani

Nukilan;

GABRIEL KIMJUAN.
Taman Mutiara, Labuan, Malaysia, 2 Mei 2019.