Negara merdeka ini anugerah
Hembus nafasnya terpancar rukun negara
Dadanya terlukis khazanah bangsa
Alur matanya terpancar kekayaan budaya.

Armada laut kita yang tertua
Bukan dongeng semata-mata
Kesultanan Melayu Melaka
Itulah hebatnya tamadun kita

Perpaduan ini
kecintaan budaya indah jati diri bangsa
Silaturahim kian ampuh
dalam kepelbagaian citra.

Wahai mentari yang menyinari
Wahai langit yang memayungi
Peliharalah perpaduan ini
dalam rencam nafas keamanan
Teruslah mekar ke hujung zaman.

Oleh:

Suzana Jumadil
Limbang, Sarawak