Menjenguk kampung halaman
melepas kerinduan
cinta kasih ibu ayah
sanak saudara dan rakan taulan.

Mengenang peristiwa lampau
teman-teman semasa kecil
kebun, ladang serta sungai
hutan dan bukit bukau
tempatnya kami bermain.

Kota Kinabalu hanya impian
Kuala Lumpur cuma khayalan
waktu mungkin jadi nyata.

Kampungku
kini ku datang padamu
pada tanah kelahiranku.

Rafael Maribin
Kg. Sampir , Kota Marudu , Sabah, 18 April 2019 8:30 malam

TAMAT.