Bil. 3 @ E-sastera Vaganza ASEAN.

SAYEMBARA MENULIS PUISI 3.04.2019.
Tema: ISRA’ MIKRAJ.
Genre: Sebarang puisi moden mahupun tradisional.
Tempoh: 3.04.2019 – 4.04.2019 @ Maghrib.
Hadiah: 2 hadiah @ RM100.
Siaran: Semua karya akan disiarkan di portal e-Sastera.Vaganza ASEAN.

e-SasteraVaganza.net
Selasa 25.12.2018 12.02PM

PENYERTAAN

  1. Abdullah Tahir.
  2. Suzana Jumadil.
  3. Jolatif.
  4. Rafael Maribin.
  5. Tinta Hijau.
  6. Tinta Hijau.
  7. Jolatif.
  8. Dino MN.
  9. CT Nurza.
  10. Abdullah Tahir.
  11. Dino MN.
  12. Jolatif.

KARYA PENYERTAAN

1.



2.

Isra’ Mikraj

Menyingkap kisah insan mulia
saat pilu membelit jiwa
Allah titah keluar kembara
langit ke tujuh Sidratul Muntaha
bertamu di sana para rasul-Nya
anugerah solat waktu yang lima
Al-Fatihah kalam agung tercipta
menjadi panduan hidup di dunia.

Sepanjang perjalanan diperlihatkan neraka
jalur dosa dan balasannya
agar manusia beringat tak alpa
dunia sekadar laluan ke Baqa.

Suzana Jumadil
Limbang, Sarawak
3.4.19/07.38

3.

4.

Salam Isra’ Mikraj

Salam Isra’ Mikraj
27 Rejab perjalanan Kekasih Allah Nabi Muhammad saw
Perjalanan di malam hari bagaikan kilat
Dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
Naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha
Menembusi tujuh lapisan langit
Sampai ke Bawah Arasy Allah Azzawajallah

Salam Isra’ Mikraj
Diperlihatkan indahnya wangian Syurga
Yang tak terjangkau oleh pemikiran manusia memikirkannya
Diperlihatkan juga azab seksa ahli neraka amat dahsyat menginsafkan
Subhanallah Alhamdulilah Allahu Akbar
Allah Menunjukkan Kekuasaan-Nya Mengatasi Segalanya

Salam Isra’ Mikraj
Syukur Ya Allah
Dengan izin-Mu
Kau izinkan Nabi Muhammad Kekasih-Mu
Memperlihatkan Kekuasaan-Mu Mengatasi Segalanya Peristiwa Isra’ Mikraj
Menambahkan keyakinan umat Nabi Muhammad saw
Untuk yakin segalanya akan kebesaran Kekuasaan-Mu

Kerana terlalulah azab menjadi ahli neraka
Nabi Muhammad menangis pagi , petang , siang dan malam
Berdoa terus berdoa hingga ke akhir hayatnya
Agar semua umatnya diselamatkan daripada menjadi ahli neraka
‘ Umatku Umatku Umatku ‘
Itulah di akhir nafasnya
Yang diucapkan
Itulah doanya yang terakhir

Betapa kasih sayangnya Kekasih-Mu kepada semua umatnya tanpa terkecuali
Walhal Kekasih-Mu sudah dijamin masuk Syurga
Tapi masih mendoakan semua umatnya masuk ke Syurga
Sampai akhir hayat Pesuruh-Mu Kekasih-Mu menyayangi kami
Tak terbalas kasih sayangnya kepada kami sebagai umatnya
Makanya makbulkan doa Kekasih-Mu itu Ya Allah
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A’Lamiin.

Rafael Maribin @ Abd Kadir
Kg. Sampir , Kota Marudu , Sabah.
3.4.2019 / 8:50 am

5.

6.

7.

8.

MISI SUCI

Jibril diutus menjemput baginda
Jemputan dari Allah yang maha kuasa
Untuk menemui-Nya dalam misi suci yang penuh rahsia
Maka naiklah baginda atas Borak keinderaan ciptaan Allah
Untuk memenuhi undangan- Nya
Berlepas dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
Transet di sana beberapa ketika
Sebelum menuju ke destinasi suci Sidratul Muntaha
Melepasi tujuh petala langit dalam
Ketentuan Ilahi.

Dalam misi suci ini
Baginda diperlihatkan segala kebesaran-Nya
Yang selama ini diyakini melalui Jibril
Untuk dijadikan bukti dan dalil kebenaran kekuasaan Allah.

Dipertonton segala amal ibadah kaum terdahulu dan balasannya Syorga yang dijanjikan-Nya
Dipertontonkan juga kedegilan, kejahilan, keangkuhan kaum yang ingkar
Dengan balasan siksaan dari Allah yang maha dahsyat
Bagi yang beriman terus mengiyakan kebenaran khabar gembira itu
Dan orang kafir yang jahil
Akan banyak dolak-dalik dan tanyanya
Semata-mata berpandu pada akal mereka yang dangkal.

Beginda telah menerima langsung dari Allah kewajipan solat 50 waktu
Lalu diterima dengan suci hati amanah Ilahi
Dan dalam perjalanan balik baginda bersilaturrahmi dengan Nabi Ibrahim
Mendengar perintah 50 waktu solat yang diterima
Dengan nasihat Nabi Ibrahim, berulang-aliklah baginda ke Sidratul Muntaha menemui Ilahi
Memohon keringanan solat 50 waktu itu
Akhirnya menjadi 5 waktu sehari semalam.

Betapa kasihnya baginda kepada umatnya hingga ke akhir hayatnya
Tidak luput dari mulutnya kalimah “umati…umati…umati…”
Apakah kita hari ini sudah berselawat kepadanya
…mengingatinya
…mencintainya
…mendoakan untuknya?
Sedangkan baginda bersabda
Setiap umatnya yang berselawat dengan namanya
Akan mendapat syafaat dari baginda…

اللَُّهُمَّ صَلَِ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ سَيّدِنَا مُحَمَّد
“Allahhuma salli’ala Mohammad wa’ala ali saidina Mohammad”

Dino MN
3.4.2019/ 00.25 am
457 Birau, Tutong
NBD.

9.

Sayembara Puisi Vaganza Ke-3
Tajuk :

Rejab Bulan Dukacita Seorang Nabi

Peristiwa Isra’ dan Mikraj
peristiwa terpenting di bulan Rejab
tahun dukacita baginda Rasulullah
kehilangan bapa saudara dan isteri tercinta
lantas nabi dan anak angkatnya diusir pergi
dibaling batu sehingga berdarah
setelah kewafatan Abu Talib dan Siti Khadijah.

Dalam perjalanan Isra’ dan Mikraj
pelbagai peristiwa disaksikan Rasulullah
memberikan hikmah dan pelajaran
jadi cerminan umat jua pengikutnya
keyakinan Masitah wanita muslimah
berjihad berjuang mempertahankan keesaan Allah
membuktikan muslimah sejati luar biasa
cekal semangat utuh jiwanya
bertahan demi Islam dan iman.

Dari bumi ke langit ketujuh
nabi dibawa ke Sidratul Muntaha
perjalanan selama 3/4 malam
menunggang Buraq bersama Jibril
melintasi Baitul Makmur
sempat melihat malaikat bertawaf
moyangnya Nabi Ibrahim sedang bersandar
dilihat wajahnya seperti baginda.

Di Arasy nan tinggi
nabi bertemu Allah
diberikan anugerah dan penghormatan
mukjizat tertinggi tanda penghargaan
solat fardu lima puluh waktu diringankan menjadi lima
kewajipan umat ke akhir zaman.

Keberadaan Muhammad bak kejora nan indah
pemimpin utama tiada pengganti
sesudah baginda menjadi nabi.

CT Nurza
Jerantut, Pahang
3 April 2019 4:39 ptg

10.

11.

MISI SUCI
NABI MUHAMMAD S.A.W

Jibril diutus menjemput baginda
Jemputan dari Allah yang maha kuasa
Untuk menemui-Nya dalam misi suci yang penuh rahsia
Maka naiklah baginda atas Borak keinderaan ciptaan Allah
Untuk memenuhi undangan- Nya
Berlepas dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
Transet di sana beberapa ketika
Sebelum menuju ke destinasi suci Sidratul Muntaha
Melepasi tujuh petala langit dalam
Ketentuan Ilahi.

Dalam misi suci ini
Baginda diperlihatkan segala kebesaran-Nya
Yang selama ini diyakini melalui Jibril
Untuk dijadikan bukti dan dalil kebenaran kekuasaan Allah.

Dipertonton segala amal ibadah kaum terdahulu dan balasannya Syorga yang dijanjikan-Nya
Dipertontonkan juga kedegilan, kejahilan, keangkuhan kaum yang ingkar
Dengan balasan siksaan dari Allah yang maha dahsyat
Bagi yang beriman terus mengiyakan kebenaran khabar gembira itu
Dan orang kafir yang jahil
Akan banyak dolak-dalik dan tanyanya
Semata-mata berpandu pada akal mereka yang dangkal.

Beginda telah menerima langsung dari Allah kewajipan solat 50 waktu
Lalu diterima dengan suci hati amanah Ilahi
Dan dalam perjalanan balik baginda bersilaturrahmi dengan Nabi Musa
Mendengar perintah 50 waktu solat yang diterima
Dengan nasihat Nabi Musa, berulang-aliklah baginda ke Sidratul Muntaha menemui Ilahi
Memohon keringanan solat 50 waktu itu
Akhirnya menjadi 5 waktu sehari semalam.

Betapa kasihnya baginda kepada umatnya hingga ke akhir hayatnya
Tidak luput dari mulutnya kalimah “umati…umati…umati…”
Apakah kita hari ini sudah berselawat kepadanya
…mengingatinya
…mencintainya
…mendoakan untuknya?
Sedangkan baginda bersabda
Setiap umatnya yang berselawat dengan namanya
Akan mendapat syafaat dari baginda…
(Marilah kita beramai-ramai berselawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W)

اللَُّهُمَّ صَلَِ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ سَيّدِنَا مُحَمَّد
“Allahhuma salli’ala Mohammad wa’ala ali saidina Mohammad”

Dino MN
3.4.2019/ 00.25 am
457 Birau, Tutong
NBD.

12.

TAMAT 1.

KEPUTUSAN

Pengadil memilih dua puisi ini untuk memenangi hadiah RM100 setiap satu;

No. 11: Dino MN: Pembentangan kisah secara lengkap dan menarik.

No. 12: Jolatif: Liputan secara unik dan lari dari klise.

TAMAT 2.

HADIAH:

Pertama RM100: Diderma.
Kedua RM100: Paid.

TAMAT.