Johor Bahru, Johor. Sempena ANUGERAH SASTERA JOHOR (ASJ) 2019 (dulu dikenali sebagai Hadiah Sastera Darul Ta’zim HSDT) yang diadakan di Johor Bahru pada 18.03.2019, pengasas gerakan e-Sastera.com dan Presisden E-SASTERA Malaysia, Dr. Irwan Abu Bakar, telah menerima anugerah kategori Buku Sastera. Bukunya yang memenangi anugerah itu ialah E-Sastera: Teori & Aplikasi terbitan Esastera Enterprise, 2017.

Anugerah Sastera yang ke-11 itu adalah anjuran Kerajaan Negeri Johor Darul Ta’zim. Ia diselenggarakan oleh Yayasan Warisan Johor dengan Kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) serta Persatuan Penulis Johor (PPJ).

Antara buku-buku lain yang menang anugerah itu ialah Genetik Kamilah oleh Aminah Mokhtar (kategori Novel Remaja) dan Sekali Melangkah oleh Rozninah Abd Azib (kategori Novel Dewasa).

SENARAI PENUH PEMENANG

PUISI ECEREN – RM500

Syafiq Zulakifli – Dari Mimbar Nasional Haram.
Ramlee Wahab – Dosa Pada Bangsa.
Nazmi Mohd Subari – Kandil Kerdil.
Shamsudin Othman – Mengingati Pesan Murabi Pada Lewat Angin Menjadi Taufan.
Mohd Efandi Yusop -Menetafsir Keberanian,
Johari Jonet – Stesen Terakhir.

CERPEN ECERAN – RM800

Wahyu Budiwa Rendra A. Wahid – Tujuh Cerita Kecil Tentang Gagak, Hering, Duru Dan Lain-lain.
Maslina Ngadiman – Maharani 1938.
Zulkifli Hamisan @ Khair – Taubat Al-Munawwarah.
Khairul Ashraf Adrutdin – Misdiagnosis.
Maskiah Hj. Masrom – Bagai Terkurung Dalam Perut Paus.
YM Haji Raja Abdul Rahman bin Raja Basok – Yalah Mak.

KUMPULAN PUISI RM1,500

Mohd Rosli Bakir – Khabar dari Mimbar.

KUMPULAN CERPEN – RM2,000

Rozninzh Abd Azib – Sehelai Daun Dari Pokok Sidrah.

KUMPULAN CERPEN REMAJA – RM1,500.

Nursuhada Sayuti – Saya Ingin Terbang Bersama Hudud.

NOVEL REMAJA – RM2,000

Aminah Mojhtar – Genetik Kamilah.

NOVEL DEWASA – RM2,000

ozninzh Abd Azib – Sekalli Melangkah.

BUKU SASTERA – RM2,500.

Wan Abu Bakar Wan Abas – E-Sastera – Teori & Aplikasi.

ESEI DAN KRITIKAN SASTERA – RM800

Khairul Ashraf Adrutdin – Mandala Dunia Kedua – Azizi Haji ABdullah Suatu Bacaan Kritikan Eko, Dewan Sastera, Januari 2016. 53-59.
Roslina Abu Bakar – Komunikasi Tradisi Dalam Kepengarangan Hikayat Pelanduk Jenaka, Jurnal Kemanusiaan, Vol 24, No. 1 (2017), 23-49.

DRAMA RADIO – RM1,000

Aminah Mokhtar – Qayyum.

DRAMA PENTAS – RM2,000

Rahumah Muda – Menara Jiwa.

DRAMA TV – RM2,000

Mohd Fairuz Mhd Padoli – Ke Pintu Kaabah.

KARYA PENULIS REMAJA BAWAH 19 TAHUN – RM200

Alia Liyana Natasha Sugendi – Secangkir KopiBersama Seorang Tua.
Nur Syadza Mohd Rosli – Perbukitan Daksina.

SASTERA SIBER (PUISI) – RM400

Shapiai Mohd Ramly – Sebatang Pohon.

Shapiai Mohd Ramly – Sendirian.

Salleh Hashim – Surat Untuk Cikgu.

HADIAH KHAS
(Anugerah Sastera Johor)

ANUGERAH SASTERAWAN JOHOR

Md. Ismail Zamzam (Zam Ismail).

ANUGERAH PENULIS MUDA JOHOR

Zulfazlan Jumrah.

TAMAT.

TAMAT 2.