SAS Puzi Hadi

Alor Setar, 2 Mac 2019 (Sabtu, 5.30 petang)
Persatuan Aktivis E-Sastera Malaysia (E-SASTERA) bertandang ke Kedah dengan kerjasama SAS Ahkarim mewakili E-SASTERA Kedah menjayakan Majlis Silaturahim E-SASTERA 2019 berupa Hi-Tea di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar.
Pengisian acara pada ruang dalam cafe begitu kekeluargaan sifatnya memenuhi tiga meja besar (10 tetamu setiap meja) . Ada pameran buku-buku terbitan eSastera Enterprise dan keratan akhbar berkaitan kegiatan ahli E-SASTERA.
SAS Ahkarim Abdul Halim membuka mukadimah sejarahnya dan rakan penulis di Kedah dan tanah air bergiat bergiat aktif di laman sesawang E-SASTERA sejak tahun 2002 bersuara di dunia internet melalui e-sastera.com.
Beliau kagum dengan pendiri E-Sastera dan peneroka sastera maya tanah air, iaitu Prof Dr Irwan Abu Bakar. Sekian lama eSastera aktif menerbitkan buku ahlinya secara perseorangan dan antologi bersama. Ramai penulis tanah air termasuk Sasterawan Negara pernah mengikut kegiatan eSastera.
Ramai penulis tersohor lahir secara tidak langsung daripada eSastera. Malah kini beberapa editor majalah sastera dan akhbar tanah air pernah bersama eSastera di peringkat awal pertumbuhan mereka sebagai penulis. Ketika itu, E-Sastera satu-satunya wadah yang ada di Internet berbanding kini bak cendawan tumbuh.
Ketua Satu ASASI, Puzi Puzihadi bercerita pengalamannya bersama E-Sastera sedikit lewat hanya pada tahun 2010. Berbanding SAS Ahkarim dan rakan-rakan ASASI Kedah sejak tahun 2002. Malah banyak kegiatan Prof. Dr. Irwan Abu Bakar di Kedah dari dulu hingga kini secara berterusan.
Irwan Abu Bakar pada ucapannya mengakui cabaran membangunkan sastera maya eSastera melalui laman sesawang dengan pelaburan agak tinggi satu masa dulu berbanding kini sesiapa sahaja boleh aktif berkarya melalui Facebook. E-Sastera turut menubuhkan badan penulis untuk kegiatan luar dunia maya.
E-Sastera juga menerima hakikat yang sama menyertai halaman Facebook beberapa tahun mutakhir ini. Beliau kini sedang melebar sayap eSastera disertai penulis dari Asean iaitu Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand dan Brunei Darussalam melalui portal e-Sastera.Vaganza ASEAN.
Di akhir ucapan, Irwan Abu Bakar selaku Presiden E-SASTERA mengumumkan anugerah Sasterawan Alam Siber (SAS) keenam kepada penyair dan Timbalan Presiden E-SASTERA, Ruslina Mat Rakib bernama pena Citranalis. Ini menambah kepada lima SAS sedia ada, iaitu Anbakri Haron, Al-Abror Mohd Yusuf, Nik Mohd Iznan, Puzi Hadi, dan Ahkarim.
Perwakilan E-SASTERA dari Kuala Lumpur ialah Prof. Dr. Irwan, Kuntom Embong, SAS Ruslina Mat Rakib, Ilya Kablam, MRT Nordin, dan Tadrinz.
Peserta Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Melaka ialah: SAS Ahkarim, Mansor A Hamid, Mokhtar Rahman, Nik Dahna Megat, Noraihan Baharom, Nur Ain Hanis, Zaidin Abadi.
Seterusnya Adi Muzaffar, Amelia Hashim, Hamizun Syah, Harties, Ibnu Din Assingkiri, Latty Latisa, Nawawi Awi, Putraery Ussin, Shirley Idris, Wadi Sofi, Zainon Mohd Noor, Zakiah Bahari, Zaleena E-naa dan Zarida Rasdi.
Jazakumullah tidak lain kepada SAS Ahkarim dan isteri, Kak Ruzie serta ahli keluarganya yang merealisasi majlis Hi-Tea E-Sastera dengan sempurna.

GAMBAR: Presiden E-SASTERA, Dr. Irwan Abu Bakar (dua dari kanan) bergambar bersama sdr Citranalis (dua dari kiri), penerima anugerah Sasterawan Alam Siber (SAS) 2019 serta diapit SAS Puzi Hadi (kiri) dan SAS Ahkarim (kanan) di majls Silaratulrahim E-SASTERA 2019.
FOTO DI BAWAH: Para peserta bergambar ramai selepas tamatnya majlis.
DUDUK, DARI KIRI: (1) Nawawi (2) Pena Berdarah (3) Dahna (4) Hasimah Harun (5) Zaleena (6) Citranalis (7) Nur Ain Hanis.
BERDIRI, DARI KIRI: (1) Tadrinz (2) Mokhtar Rahman (3) Mansor A. Hamid (4) Zaidin Abadi (5) Wadi Sofi (6) Hamizun Shah (7) Ibnu Din Assingkiri (8) Puzi Hadi (9) Ahkarim (10) Irwan Abu Bakar.
BERDIRI DARI KANAN: (1) Shirley Idris (2) Latty Latisa (3) Amelia (4) Noraihan @ aNNa KareNiNa (5) Siti Esah @ Harties (6) Puteraery (7) Ilya Kablam (8) Zarida (9) Zainon.

TAMAT.