BIODATA (Kemas kini: 1.12.2021)

JOHARI BIN HAJI ABD LATIF (nama pena: Jolatif dan Ibnu Qalbun) terlibat dalam bidang penulisan semenjak 1990. Beliau memerima ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sastera dari Unversiti Brunei Darussalam pada tahun 1989. Kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperoleh Sarjana Pendidikan Sastera (MA in Education) pada tahun 2000 di universiti tersebut.

Beliau memulakan tugas di Sekolah Menengah Berakas pada tahun 1989 sebagai guru mata pelajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Pada tahun 2000 bertugas sebagai pensyarah bahasa dan kesusasteraan Melayu di Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Gadong. Kemudian bertugas pula di Pusat Tingkatan Enam, Katok, 2009-2011. Bidang pengkhususan beliau ialah Kesusasteraan Melayu. Seterusnya beliau pindah ke Politeknik Brunei tahun 2012 sebagai penyelaras Modul Melayu Islam Beraja hingga bersara. Beliau juga terlibat menyumbangkan dalam bidang penulisan rencana kritikan sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, di samping menulis sajak moden. Karya-karya termuat dalam Majalah Bahana, Beriga, Juara & akhbar Pelita Brunei. Buku-buku yang terbit:  

Kajian dan Ulasan Novel Saga bagi pelajar Sijil Am Pelajaran Peringkat A.
Enrichment Module Guide Politeknik Brunei.
• Kajian dan Ulasan Novel Hadiah Sebuah Impian.
• Kajian Beberapa Aspek Struktural Novel Punca Pertama Muslim Burmat.
• Pancir Keluarga Awang Haji Abdul Latif bin Awang Omar.
• Antologi Puisi Dalam Cermin Sejarah Jubli Emas 50 Tahun di Atas Tahta.
• Antologi Puisi Pusaka Melaju Volum 4, E-Sastera Vaganza ASEAN.

Sepanjang berkhidmat, beliau penerima anugerah guru special mention Hari Guru pada 29 September 2016, Pingat PIKB 2007, PKL 2018, Pingat Jubli Perak 25 tahun KDYMM Sultan & Yang Di Pertuan NBD 1996, Pingat Perak Koperasi  MIPR BINA 2002. 

********************

KARYA DI E-SASTERA VAGANZA ASEAN
Klik SINI.

SAJAK.
. Bicara Bunga Gelombang Cinta . Bunga Akar Dani Membunga Mekar . Fenomena Melukakan . Hari Semakin Tua . Hujan Melankolik . Limau Mandarin Kuning . Malam Isra Miraj . Mendung Hitam . Mengapa Dicari Kematian . Patah Hati . Pelita . Perkara Ghaib . QR Code . Takkan Ada Ucapan Selamat Datang . Tempat Kembali Yang Buruk . Varian Pula Menjelma .

TAMAT.