Sebelum 2019, GAKSA telah menerbitkan empat volum antologi puisi, seperti yang berikut:
2016 – Volum Mula: 1000 Detik Perasaan.
2017 – Volum 1: Sekoia. Volum 2: Hompimpah.
2018 – Volum 3: Kasmaran.

GAKSA kini dalam proses menerbitkan antologi-antologi yang berikut untuk tahun 2019.
A: ANTOLOGI PUISI
Untuk 2019, GAKSA akan menerbitkan lima volum antologi puisi (Volum 4 – Volum 8). Setiap volum akan disertai 10 penulis, dengan setiap penulis menyumbangkan 10 buah puisi. Setiap penulis dikenakan bayaran RM100 (atau Rp350K) dan akan mendapat 10 naskhah buku yang berkenaan.
Penerbit dan Pencetak: Gaksa Enterprise, Banten, Indonesia.
Penyertaan: Hubungi WhatsApp +60192680086 atau Messenger Irwan Abu Bakar. Terdapat tiga lagi kekosongan untuk menyertai antologi ini.
B: ANTOLOGI CERPEN
2019. Satu volum. (Volum C1). Volum ini akan disertai 10 orang penulis, dengan dua orang penulis dari setiap negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Thailand. Setiap penulis diperuntukkan 10 halaman (3000 perkataan) yang mengandungi 1, 2, atau maksimum 3 buah cerpen.
Untuk antologi cerpen ini, kos penerbitan dan percetakan akan dibiayai oleh seorang ahli GAKSA yang bermurah hati menderma.
Penerbit dan Pencetak: Gaksa Enterprise, Banten, Indonesia.
Penyertaan: Melalui undangan dari pihak editorial sahaja.
C: HANTARAN KARYA/BAYARAN:
1.E-melkan karya anda ke alamat ini: GaksaAsean@gmail.com.
2. Sebarang bayaran wang boleh dibuat kepada akaun-akaun yang berikut:
MALAYSIA. Esastera Enterprise. No. akaun: 8000667484. Bank: CIMB. Alamat bank: 138, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel. bank: +60362047788.
INDONESIA. Gaksa Enterprise. No. rekening: 0504946579. Bank: Bank Negara Indonesia (BNI). Alamat bank: Jl. S.A. Tirtayasa No. 25, Cilegon, Indonesia. Tel. bank: 0254-391208.
D: SENARAI PESERTA
Untuk melihat senarai peserta: Sila klik DI SINI.

Assalamualaikum,
Sekadar bertanya bilakah terbitan tahun 2020…saya berminat….
LikeLike
Insya-Allah, kami akan umumkan dalam sedikit masa lagi.
LikeLike