HAJI MARIAT BIN HAJI ABDULLAH mula menulis pada tahun 1965 ketika masih di bangku sekolah (SMMP).
Bidang karya cerpen menjadi tumpuan dan sering tersiar di Radio Brunei, akhbar Bintang Harian, akhbar Pelita Brunei, majalah-majalah DBP serta beberapa antologi bersama, Hidayah I hingga VII (terbitan Jabatan Pusat Dakwah), dan beberapa majalah luar negara.
Pernah dinobatkan dua kali sebagai Penulis Kreatif BAHANA, DBP. Pernah menggunakan tiga nama samaran yang kini tidak disebut-sebut lagi lantaran lebih senang menggunakan nama sebenar.
Banyak menerbitkan sendiri antologi sajak dan cerpen, serta beberapa jenis buku sastera dan Bahasa Melayu untuk penuntut Peringkat ‘O’ sejak mula diaturkan bertugas pada awal bulan Januari 1970 di sekolah menengah: SMSMJA.
Sekarang, lebih gemar menulis pantun, syair, dan sajak sahaja.

KARYA DI E-SASTERA VAGANZA ASEAN

PUISI:
Berkenaan Banjir (Gurindam) . Bunga Melati . Hari Minggu (Pantun) . Hujan . Ilmu (Syair) .

TAMAT.