Ketika kita khusyuk menonton drama
ketika kita minum di warung kota
seorang wira merah bertarung nyawa
di sebuah bangunan menahan sengsara
tragisnya buat menitis air mata luka
berdoa semoga sembuh semula.
Tangisan 17 Disember terus berubah
sudah tertulis dan bernoktah
menunggu persandingan yang sangat indah
kini bertukar tahlil arwah
namamu menjadi sejarah
pergi atas pengorbanan berdarah.
Kau pinjamkan senyuman semanis sejiwa
sifat pemalumu ramai yang setia
segala gurau sendamu pengubat duka
kerana kamu lelaki teristimewa
menjadi keluarga dan sahabat sampai ke syurga
nama Adib kekal permata negara.

Nukilan;

GABRIEL KIMJUAN
Taman Mutiara, Labuan, Malaysia, 18 Disember 2018.