BIODATA PENULIS (Kemas kini: 01.12.2021)
IBNU DIN ASSINGKIRI ialah nama pena penulis Sanusi bin Din. Dilahirkan di Singkir Laut, Yan, Kedah pada 4 Mei 1970. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Singkir, Kedah dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok, Kedah. Menyambung pendidikan di Kolej Vokasional Lorong Batu Lanchang, Pulau Pinang dalam bidang automotif dan Institut Pengurusan Malaysia dalam bidang Pengurusan Penyeliaan. Graduan Sarjana Muda Pengajian Inggeris dengan Kepujian di UNITEM. Berkhidmat sebagai Penolong Jurutera Kanan di syarikat multinasional. Beliau adalah jurulatih/fasilitator bertauliah Kementerian Sumber Manusia.
Ahli Jawatankuasa Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) bagi sesi 2019-2020 (Ketua Biro Perkembangan Sastera). Beliau juga Ahli Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP) dan Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR). Cenderung menulis puisi, cerpen, apresiasi serta kritikan karya sastera. Menulis secara serius semenjak tahun 2010 dan telah menghasilkan tiga naskhah kumpulan puisi serta dua naskhah kumpulan cerpen. Karya eceran dan makalah beliau telah terbit di Majalah Dewan Sastera, Akhbar Mingguan Malaysia, Akhbar Berita Harian, Akhbar Amanah, Majalah Pendidik, Akhbar Utusan Borneo, Akhbar Sinar Harian, Akhbar SelangorKini, Akhbar Wilayahku, Akhbar Suara Sarawak dan Harian Ekspress. Selain menulis di tanah air tercinta, beliau ikut bergabung dengan penulis se Nusantara dan telah membukukan 26 buah antologi. Beliau juga adalah editor kepada lima naskhah kumpulan puisi dan senaskhah kumpulan cerpen.
Beliau bergiat aktif sebagai pembimbing bengkel penulisan kreatif untuk pelajar universiti, sekolah dan orang awam. Dilantik sebagai Penceramah Penciptaan Karya SPM Sekolah Menengah Daerah Krian 2019 oleh Pejabat Pendidikan Daerah Krian, Perak (2019). Beliau juga dilantik sebagai ketua juri e-Sayembara Deklamasi Puisi Kolej Matrik dan Mara Peringkat Kebangsaan (2021) Anjuran Kementerian Pendidikan. Juri Pertandingan Menulis Puisi “Merdeka Pandemik” Anjuran Perbadanan Perpustakaan Negeri Kedah (2021). Juri Sayembara Puisi ESVA Ke-8: Covid-19 (23-24 April 2021) anjuran Esastera Vaganza Asean. Juri Pertandingan Deklamasi Puisi Maulid Nabi Anjuran Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (2021)
Pantun: “Bahaya Habuk” tersisip di Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan (2020). Menyumbang sebagai penasihat pakar dan penyunting kandungan modul Pendidikan Keselamatan Jalan raya (PKJR) dalam sisipan Bahasa Melayu bagi sekolah-sekolah Malaysia (Pra Sekolah, Sekolah Rendah dan Menengah Rendah) di bawah Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), Jabatan Keselamatan Jalan raya (JKJR), Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengangkutan. Beliau juga adalah mentor dan pemudah cara yang aktif membimbing bengkel penulisan kreatif sejak tahun 2016.
Pemenang Tempat Pertama Sayembara SAHARA Edisi Jun 2021, Kategori Penyair Mapan (2021). Tempat Pertama Sayembara ESVA 18, Menulis Surat Kepada Pemimpin Negara, (2021). Tempat Pertama Sayembara ESVA 11, Menulis Aneknot (2021). Tempat Pertama Sayembara ESVA 13, Rekabentuk Kulit Buku (2021). Tempat Kedua Sayembara ESVA 7, Menulis Cerpen (2021). Tempat Ke 3 Pertandingan Mari Cipta Pantun bersempena dengan Kempen Dekad Membaca Kebangsaan 2020 Peringkat Kebangsaan. Hadiah Saguhati Pertandingan Ulasan Buku bersempena dengan Kempen Dekad Membaca Kebangsaan 2020 Peringkat Negeri Kedah. Tempat Kedua Sayembara ESVA 4, Menulis Puisi (2019). Tempat pertama Sayembara ESVA 1, Menulis Puisi (2018). Menerima beberapa Anugerah HESCOM (Hadiah eSastera.com): Pemadah Prolifik (2011), Pemuisi Teraktif Puisi Tradisional (2011), Anugerah Pengkarya Prolifik (2013), Tanka Melayu Alam Siber (2014), Soneta Melayu Alam Siber (2014), Cerpenis Alam Siber – Tempat Ke-2 (2014).
**********
IBNU DIN ASSINGKIRI ialah nama pena penulis Sanusi bin Din. Beliau dilahirkan di Singkir Laut, Yan, Kedah pada 4 Mei 1970. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Singkir, Kedah dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok, Kedah. Beliau kemudian menyambung pendidikan di Kolej Vokasional Lorong Batu Lanchang, Pulau Pinang dalam bidang otomotif dan Institut Pengurusan Malaysia dalam bidang Pengurusan Penyeliaan. Beliau adalah graduan Sarjana Muda Pengajian Inggeris dengan Kepujian di UNITEM (OUM). Kini beliau melanjutkan pendidikan Pasca Ijazah Pendidikan di Universiti Terbuka Wawasan (WOU). Beliau berkhidmat sebagai Penolong Eksekutif Kanan Latihan dan Perkembangan Sumber Manusia di syarikat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. di Bahagian Keselamatan Trafik dan Penunggangan Selamat.
Beliau merupakan ahli Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI). Beliau cenderung menulis puisi, cerpen, apresiasi serta kritikan karya sastera. Beliau menulis secara serius semenjak tahun 2010 dan telah menghasilkan dua naskah kumpulan puisi serta dua naskah kumpulan cerpen. Karya eceran dan makalah beliau telah terbit di Majalah Dewan Sastera, Akhbar Mingguan Malaysia, Akhbar Berita Harian, Akhbar Amanah, Majalah Pendidik, Akhbar Utusan Borneo, dan Akhbar Sinar Harian. Selain menulis di tanah air tercinta, beliau ikut bergabung dengan penulis se-Nusantara dan telah membukukan 16 antologi bersama. Beliau iaalah editor kepada sebuah kumpulan puisi perseorangan penulis tempatan. Beliau pernah menerima beberapa Anugerah HESCOM (Hadiah eSastera.com):
Pemadah Prolifik (2011), Pemuisi Teraktif Puisi Tradisional (2011), Anugerah Pengkarya Prolifik (2013), Tanka Melayu Alam Siber (2014), Soneta Melayu Alam Siber (2014),
Cerpenis Alam Siber – Tempat Ke-2 (2014).
Kumpulan puisinya Hingga Ke Negeri Abadi (eSastera Enterprise, 2012), Jejak-Jejak Di Pantai (ITBM, 2015). Kumpulan cerpennya Fragmen Senja (ITBM, 2014). Kumpulan Cerita Mini: Segmen Mimpi (UUM Press, 2016). Antologi puisi bersamanya Senyawa Kata Kita (Wahana Jaya Abadi, 2012), Jejak Sajak: Sehimpun Puisi Generasi Terkini (Bengkel Puisi Swadaya Mandiri, 2012), Ana – Antologi Puisi eSastera Mengenang Brirasa (eSastera
Enterprise, 2012), E-LOKA: Antologi Penyair eSastera (eSastera Enterprise, 2012), Lentera Sastra (9 Mutiara Publishing, 2013), Januari Catur Tunggal Tanpa Pandang (9 Mutiara Publishing, 2014), E-LOKA II: Antologi Penyair eSastera (eSastera Enterprise, 2014), Segugus Pasrah Buatmu MH370 (Yayasan Buku Negara, 2014), MH370 Masih Hilang: Antologi Puisi Telegram (eSastera Enterprise, 2014), Kumpulan Esei Bunga Rampai Apresiasi Puisi (9 Mutiara Publishing, 2014). Sirah Rasulullah Dalam Puisi Siber (eSastera
Enterprise, 2015), Slurp: Antologi Puisi Mi Segera (Penulis Alam Maya, 2015), Antologi Puisi Memahat Mentari (ITBM, 2016), dan Bagaikan Sebuah Perkahwinan (Angkatan Sasterawan Nasional Kedah, 2016). Antologi Puisi Gema Nabalu (DBP 2018). Kumpulan Esei Spektrum Pemikiran Karyawan Kedah (Angkatan Sasterawan Nasional Kedah, 2018).
Karya eceran. Majalah Dewan Sastera: Puisi “Musim Gugur” (Bil. 6/2014). Majalah Dewan Sastera: Cerpen “Puisi Merdeka” (Bil 8/2014). Akhbar Berita Harian: Soneta #7 (Sep 2014). Majalah Dewan Sastera: Puisi “Permata Lancung” (Bil. 12/2014). Majalah Dewan Sastera: Puisi “Selamat Pulang Duhai Kekasih” (Bil 6/2015). Akhbar Mingguan Malaysia: Cerpen “Puncak Ingatan” (Februari 2017), Akhbar Amanah: Cerpen “Duga Wasangka” (Mac 2017). Majalah Pendidik: Cerpen “Rumah Kecil Berbilik Satu” (Mac 2017). Akhbar Mingguan Malaysia: Cerpen Menunggu Azan Pertama (April 2017). Akhbar Mingguan Malaysia: Puisi “Bisikan Ramadan” (Jun 2017). Akhbar Utusan Borneo: Cerpen “Che Tom Janda Ai Rong” (September 2017). Majalah Dewan Sastera: Makalah Bicara Karya Kumpulan Cerpen Tiada Rahsia Lagi (Bil 1/ 2018). Akhbar Utusan Malaysia: Puisi
“Barangkali Semuanya” (Januari 2018). Akhbar Mingguan Malaysia: Puisi “Ceding” (Februari 2018). Majalah Dewan Sastera: Puisi “Musim Gugur II” (Bil 4/2018). Akhbar Mingguan Malaysia: Puisi “Secawan Nira Perpaduan” (April 2018). Akhbar Sinar Harian: Puisi “Sesubur Ingatan” (Jun 2018). Majalah Dewan Sastera: Makalah Kritikan Puisi (Bil 8, 2018). Majalah Dewan Sastera: Fokus – Nilai Budi dalam Pantun (Bil 10, 2018). Majalah
Dewan Sastera: Puisi: Pesan Buat Anak-anak II (Bil 1, 2019).
Beliau ialah Editor Kumpulan Puisi Kembara Mencari Pelangi karya Salleh Kausari (Kausar Kreatif, 2015). Beliau juga menyumbang sebagai penasihat pakar suntingan modul Pendidikan Keselamatan Jalan raya (PKJR) dalam sisipan Bahasa Melayu bagi sekolah-sekolah Malaysia (Pra Sekolah, Sekolah Rendah dan Menengah Rendah) di bawah Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), Jabatan Keselamatan Jalan raya (JKJR), Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengangkutan. Beliau juga ialah mentor penulisan puisi bagi persatuan penulis Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI).

Ibnu Din Assingkiri. Hingga Ke Negeri Abadi. Kuala Lumpur: eSastera Enterprise, 2012.

KARYA DI E-SASTERA VAGANZA ASEAN. Klik SINI.
KARYA DI E-SASTERA VAGANZA ASEAN (2). Klik SINI.
<ANEKDOT>
. Rindu Seorang Suami .
ARTIKEL:
, Beza Antara Minimalis & Polos . Pola-pola Baharu Dalam Puisi Melayu .
BERITA:
. Bengkel Pemurnian Karya Cerpen Remaja . Bengkel Penulisan Puisi . Buku (Terbit): Kerana Manusia Bukan Kertas . Pertemuan Ahli .
KURSUS:
Licenetia Poetica:
https://esasteravaganza.com/2020/09/14/licentia-poetica-poetic-licence/
Cara Mengekalkan Momentum Menulis:
https://esasteravaganza.com/2020/09/14/cara-mengekalkan-momentum-menulis/
Petua Menekalkan Momnetum Menulis:
https://esasteravaganza2.com/2022/05/12/petua-mengekalkan-momentum-menulis/
. BENGKEL INTENSIF MENULIS PANTUN & PROGRAM BACA SAJAK “NASKHAH HAYAT” .
PUISI:
. Asal Sebuah Nama . Bahasa Melayu Bahasa Ilmu (Pantun) . Berhentilah Berpura-pura . Beza Alam Dan Manusia . Bicara Laut Tentang Camar . Cemara Hidup Insan . Cerita Dari Kayangan (Pantun) . Cerita Kepada Cucu VI . Covidiot III . Dalam Keringat . Dalam Tambur Penggaris Horizon . Dari Fana Menuju Syurga . Daun-daun Yang Pasrah Ketika Musim Berubah . Di Mana Kita? . Diteman Cahaya . Doa Tahun Baharu (Pantun) . Dua Kali Lima . Hasil Ketiadaan Meritokrasi . Hingar Burung Di Pagi Dingin . Hujan Di Julai (Tanka) . Igau Di Luar Tidur Si Penoreh Getah . Ingin Kurangkai Kalung Mutiara . Jodoh Wakil Dan Rakyat . Kecelakaan Yang Tragis . Kekalkan Sinar Ke Hari Tua . Kepada Bakal Penyair . Ketukan Kala Fajar Beralih . Lari Dari PKP . Manusia Bijak Pandai . Melepaskan Cinta . Menjadi Pohon Akhir Zaman . Menunggu Kopi . Menyolek Kepincangan . Mimpi Yang Berbeza . Musim Bermuka-muka . Musim Tengkujuh (Tanka) . Mutiara Bahari Dari Tujuh Segara . Otak Otak-otak . Pandemik Akhir Zaman . Penamat Yang Manis . Permata Di Atas Belakang Naga . Pertanyaan Dalam Sajak Polos . Pesan Ayahanda . Pesan Dari Penyair Yang Hilang . Pesan Di Aidiladha . Pesan Kepada Diri Yang Bernama Sanusi . Pesan Sasterawan . Piala Dalam Kabinet . Pseudo Patriotik . Puisi Jujur . Puisi Pembunuh Bersiri . Rembang Di Tingkap Feri . Rindu Ramadan (Pantun) . Rumah Cinta . Saling Berpesan Puisi . Sebongkah Prasasti Di Pundakku . Sewaktu Kita 17 . Sungai Mekong . Tarian Si Bijak Pandai . Udara Segar (Pantun) .
TAMAT.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh. Membaca karya sastra Ibnu Din Assingkiri, terpancar cahaya ke-Melayu-an, suatu budaya nan indah yang dijiwai oleh religiositas Islam yang baik.
LikeLike