CT Nurza atau nama sebenar Siti Nur binti Zainal. Dilahirkan pada 18 Sept 1971. Berasal dari Jerantut, Pahang Darul-Makmur. Minat menulis semenjak di bangku sekolah dan bergiat aktif bermula penghujung tahun 1989 sehingga kini. Banyak menulis ulasan buku, rencana sastera dan karya-karya eceran di akhbar dan majalah arus perdana Malaysia.
Pelbagai pertandingan-pertandingan mengarang anjuran radio rtm, akhbar, majalah dan komuniti facebook serta wattpad dalam pelbagai genre turut dimenangi (1990-2018). Antologi terkini Syair Kanak-kanak “Untung Menabung” telah pun diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) 2018, Kumpulan Syapen Pahang Dalam Syair “Tuk Suji Bilang” diterbitkan oleh Perpustakaan Awam Negeri Pahang (2018) serta beberapa buah lagi antologi bersama diterbitkan di Malaysia dan Indonesia (2018).
Merupakan salah seorang Pemenang Hadiah Penghargaan Sayembara Menulis Puisi/Cerpen PKPP-DPMP 2017/2018 (Kategori Cerpen) anjuran Dewan Persuratan Melayu Pahang. Juga Pemenang Fiesta April 2018 Wattpaders Malaysia kategori ‘Short Story’ Prompt Paranormal dan Pemenang Sayembara Halloween Vault 2018 Wattpaders Malaysia kategori ‘Short Story’ Pesta Topeng Prompt Romance.
Lebih 100 buah antologi bersama pelbagai genre telah disertai dan diterbitkan di (Malaysia & Indonesia) 2014-2018. Telah menghasilkan buku solo pertama Kumpulan Sajak “Bak Bakawali, Mineral, Daun Lebar dan Kokila” terbitan JS(Jom Sastera) Ogos 2018. Aktif mengikuti program-program Kembara Seni, Sastera & Budaya bersama Ziarah Kesenian Nusantara sejak 2015-2018. Kini aktif berberkarya bersama grup e-Sastera.Vaganza ASEAN (2018-2019).
KARYA DI PORTAL E-SASTERA VAGANZA ASEAN (ESVA)
(1) ESVA 1: Klik SINI. (2) ESVA 2: Klik SINI.
<KOMENTAR> . Berkarya Di Media .
<PUISI>
. Akhir Disember . Lelongan Rumah . Manis Bergula (Haiku) . Pewaris Sengketa (Deklamasi) . Raya PKP (Haiku) . Rebut Jawatan . Sajian Rahmah (Haiku) . Sela-sela . Vaksin .
ANTOLOGI PUISI:
. Jeritan Buat Pemimpin: Antologi Puisi E-Sastera Vaganza ASEAN .
TAMAT.