Malaysia, Sabtu 01.12.2018. Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dukacita yang suasana harmoni negara Malaysia sekarang cuba dimusnahkan kerana saingan politik perkauman.
Titah baginda, penyatuan rakyat Malaysia perlu terus dipupuk supaya Malaysia yang aman dan makmur dapat diwariskan kepada generasi akan datang.
Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyan Ke-11 Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar, Perak, Malaysia.
Admin.
Kuala Lumpur, 02.12.2018